SUSAHNYA KERAJAAN BN HENDAK TURUNKAN HARGA MINYAK ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya kerajaan BN yang memerintah sekarang susah benar untuk menurunkan harga minyak berbanding dengan keputusan mereka menaikkan harga minyak yang dibuat secara tergesa-gesa.

Inilah perangai sebuah kerajaan yang tidak memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Mereka lebih suka rakyat menderita dan sengsara. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan siang-siang lagi berjanji menurunkan harga minyak sehari selepas memegang tampuk pemerintahan.

Hari ini sekali lagi kerajaan menyatakan akan mengkaji dulu sebelum menurunkan harga minyak. Kaji kaji kaji berapa banyak kaji daaa.......tetapi sewaktu menaikkan harga minyak tempohari tanpa kajian teliti terus naikkan.

Mstar hari ini melaporkan bahawa kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.

"Insya-allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir kabinet sebelum kita berhari raya. Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai," katanya.

Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.

"Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun," katanya.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Comments