16 September 2008

SIDANG MEDIA YANG DITUNGGU-TUNGGU DIADAKAN JAM 2 PETANG ~ Ref Malaysiakini

Seluruh negara malah seluruh dunia sedang menunggu-nunggu Sidang Media Anwar pada hari ini. Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba di mana Anwar akan mengadakan Sidang media jam 2.00 petang ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Beliau dijangka mengumumkan "pendiriannya" berhubung usahanya memujuk lebih 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat sejak beberapa bulan lalu.

Pembentukan kerajaan baru dijadualkan bermula hari ini.

Tidak syak lagi seluruh dunia tertumpu kepada Sidang Media ini yang sudah pasti dapat merungkaikan segala tohmah dan celaan pihak tertentu kepada Anwar dan PR. Antara tohmah dan celaan yang biasa kita dengar ialah "ANwar Pembohong","Cari publisiti murahan", "PR mimpi disiang hari" dan sebagainya.

Jom Dengar Sidang Media tersebut di http://justin.tv/anwaribrahim

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter