SIAPA MENGARUT SIAPA TAK MENGARUT ~ Ref Malaysiakini

Saya bangun bersahur hari ini dengan penuh semangat walaupun agak terlewat. Selepas menunaikan Solat Subuh saya sempat membaca beberapa web yang menyiarkan kenyataan Pak Lah bahawa Anwar mengarut dalam bab berlakunya peralihan kuasa dari BN kepada PR.

Kedua-dua pemimpin kelahiran Pulau Pinang nampaknya sama-sama yakin dan sama-sama tegas dalam kenyataan masing-masing. Seorang yakin dapat merampas tampuk pemerintahan dan seorang lagi yang akan mempertahankan kerajaannya yang terumbang-ambing sekarang. Siapa yang bercakap benar siapa yang mengarut?

Pak Lah ketika ditanya oleh media pada satu majlis di Kuala Terengganu berkata, "Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.

Bongkak dan angkuh bunyinya kenyataan Imam Hadhari ini.

Namun siang nanti kita akan tahu siapa yang bercakap benar yang siapa yang mengarut. Cuma satu permintaan saya, andaikata PR benar-benar mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang sudah cukup untuk membentuk kerajaan, berilah peluang kepada PR untuk memerintah negara dalam suasana aman dan tenteram.

Sebagai ahli politik professional dan matang, BN yang mungkin kehilangan kuasa perlu berlapang dada dan terbuka memberikan laluan kepada PR untuk meneruskan agenda pemerintahan mereka. Kalau sebelum ini pihak pembangkang boleh menunggu sehingga 51 tahun untuk mengambilalih kuasa mengapa tidak BN menunggu mungkin 100 tahun untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negara tercinta ini.

Kepada semua rakyat Malaysia saya mengharapkan kalian tenang, relaks dan matang dalam menghadapi situasi yang sebegini. Jangan terpengaruh dengan provokasi dan hasutan 'malaun-malaun' yang sentiasa berkeliaran mengintai peluang untuk membuat kacau bilau. Patuhi arahan pimpinan.

Comments

Unknown said…
Berangan lagi lah tuh....sudah-sudah lah.....berhentilah dari mimpi bersama-sama 'al-mahdi' hang tuh....16 september 2009 kut, tak pun 16 september 2010, tak pun 2011, kalau tak pun 2013 lah senang cerita....eh...bukan kut, tak boleh lagi 16 september 2020...baru cun...ah...payah payah tunggu 'Al-mahdi' naik ke langit jer lah.....hahahaha...lawak sungguh. Aku dok rasa 16 SEPTEMBER 3008 !!!
Alfa said…
Aku tak kisah sgt pasal 16 September tu.. Kerna aku yakin sangat2 suatu hari nanti (mungkin masa terdekat ini) PR akan mengambil alih kuasa dari BN.

Pada En Firdaus.. jgn emosinal sgt bila beri pendapat.. Pada pendapat saya anda masih lagi kurang kesedaran politik Malaysia. Harus banyak lagi MEMBACA, MENCARI, DLL.