SI PERASAN DAN SI MAT JENIN, NAMA JOLOKAN PAK LAH DAN ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Banyak betul nama jolokan diberikan oleh rakyat dari pelbagai latarebelakang kepada Pak Lah dan Anwar sejak isu pembentukan kerajaan baru timbul.

Pak Lah dikatakan Si Perasan kerana tidak jemu-jemu mengatakan kerajaan BN utuh, kukuh dan mantap. Malah beliau juga perasan kepimpinannya masih mendapat kepercayaan majoriti rakyat. Hakikatnya jauh api panggang kerana bukan sahaja orang PR yang menolak beliau, orang Umno pun meluat kepada beliau.

Anwar pula diberikan nama jolokan Mat Jenin oleh penyokong BN kerana tidak habis-habis berangan hendak menjadi Perdana Menteri walaupun, kata mereka dakwaan Anwar bahawa PR mempunyai cukup ahli parlimen adalah bohong.

Namun hari ini semua terlerai walaupun mungkin 100% tetapi sekurang-kurangnya keyakinan Anwar bahawa PR sudah mempunyai cukup ahli Parlimen, mengejutkan rakyat. Anwar dengan tegas menyatakan bukan sahaja ahli parlimen biasa, malah anggota kabinet juga telah bersetuju untuk menyertai PR.

Yang tinggal sekarang hanyalah SI PERASAN kerana SI MAT JENIN kelihatan bukan berangan-angan kosong tetapi sudah nampak ianya akan menjadi kenyataan.

Kepada SI PERASAN hentikan sifat buruk tersebut. Insaflah bahawa zaman kepimpinan anda sudah berakhir.

Comments