SELANGOR PECAH REKOD PUNYA 2 ADUN TAHANAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Kezaliman kerajaan BN memberikan peluang kepada kerajaan negeri Selangor memecahkan rekod apabila mempunyai 2 orang ADUN yang menjadi tahanan ISA pada satu masa. Kedua-dua ADUN tersebut M.Manoharan mewakili DUN Kota Alam Shah dan Teresa Kok Shu Shim, ADUN Kinrara.

Penahanan Teresa Kok semalam menjadi Selangor Negeri Pertama di Malaysia mempunyai 2 ADUN yang ditahan di bawah ISA.

Sesungguhnya kerajaan BN bukan sahaja kejam kepada Manoharan, Teresa dan keluarga masing-masing tetapi juga bertindak kejam kepada pengundi-pengundi Kota Alam Shah dan Kinrara kerana kedua-dua ADUN mereka tidak dapat berkhidmat kerana dizalimi oleh kerajaan BN.

Penahanan kedua-dua mereka menambahkan kebencian dan kemeluatan rakyat di kedua-dua DUN tersebut kepada kerajaan BN malah juga ia turut sama dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang rata-rata tidak bersetuju dengan akta draconian ini.

Teresa yang ditahan atas alasan terlibat dengan isu azan dan tulisan jawi, manakala Manoharan adalah peguam kepada Hindraf. Beliau ditahan sejak 13 Disember 2007, bersama P. Uthyakumar, V. Ganabatirau, K. Vasantha Kumar dan R Kengadharan, yang turut dikaitkan dengan perhimpunan Hindraf pada 25 November, tahun lalu.

Pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Manoharan mendapat undi majoriti tertinggi di Selangor bagi kerusi DUN, dengan 12,699 undi menentang calon Barisan Nasional yang juga penyandang kerusi, Ching Su Chen yang hanya memperoleh 5,515 undi.

Manakala Teresa menang dengan majoriti 5,739 di DUN Kinrara. Teresa Kok Suh Sim memperolehi 12,990 undi mengalahkan calon BN Dr Kow Cheong Wei yang hanya mendapat 7,251 undi. Teresa juga menang di Parlimen Seputeh.

Beliau juga dilantik sebagai Exco Kanan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Comments