15 September 2008

SAMPAI BILA TEBUSAN DIBIARKAN MENDERITA, APA KERAJAAN BUAT? ~ Ref Malaysiakini

Sudah berminggu-minggu 80 anak kapal Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad ditahan dan dijadikan tebusan lanun di Teluk Aden. Namun sehingga ini tiada perkembangan positif yang kita dengar. Janji kerajaan untuk menyelesaikan isu ini hanya tinggal janji sebaliknya mereka lebih sibuk pula menjadi 'lanun' di Malaysia dengan menahan 3 orang rakyat yang tidak dibuktikan bersalah.

Mungkinkah kerajaan Malaysia juga bersetuju dengan tindakan lanun menahan tanpa bicara 80 tebusan tersebut kerana tindakan itu lebih kurang sama dengan tindakan kerajaan menahan 3 rakyatnya di bawah ISA juga tanpa bicara.

Apa yang dikesalkan sudah berkali-kali pihak kepimpinan negara berjanji dengan menyelesaikan isu ini tetapi semuanya tidak memberikan khabar gembira kepada keluarga tebusan tersebut.

Sampai bila isu ini akan dipanjangkan. Sampai tebusan diancam bunuh atau biarkan mereka dijadikan tebusan sampai lanun penat. Kita pun tidak faham dengan sikap kerajaan BN ini.

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana sahabat-sahabat yang menjadi tebusan menyambut Ramadhan sebagai tebusan malah mungkin juga akan menyambut Aidil Fitri dalam keadaan sedemikian. Sudah tentu mereka dan keluarga sudah kekeringan air mata untuk menangisi nasib mereka yang tidak terbela sehingga ke saat ini.

Mungkinkah pemimpin BN lebih sibuk berpolitik sehingga tidak dapat menumpukan masa untuk membantu tebusan dan keluarga mereka yang dirundung malang ketika ini. Oleh kerana Kesibukan untuk mempertahankan kerajaan BN dari Pakatan Rakyat, sibuk berkempen di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian untuk berebut jawatan dalam Umno dan sebagai mungkin menyebabkan pemimpin BN seolah-olah buat endah tidak endah sahaja tentang hal ini. Mereka lebih sibuk membuat kenyataan mempertahankan tindakan zalim mereka menahan rakyat di bawah ISA dan juga mungkin pening kepala untuk menangani masalah penentang terhadap pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib.

Saya mengharapkan pemimpin negara segera menangani isu ini secepat yang mungkin demi keselamatan nyawa 80 tebusan anak kapal MISC tersebut.

Untuk rekod Kapal dagang MT Bunga Melati Dua milik MISC telah dirampas lanun di perairan Teluk Aden, antara Somalia dan Yemen pada 19 Ogos 2008 jam 10.09 malam di mana terdapat 29 warga Malaysia dan 10 warga Filipina dalam kapal itu semasa kejadian.

Kapal tangki itu membawa minyak kelapa sawit belayar dari Dumai, Sumatera, Indonesia ke Rotterdam , Belanda. Pasukan lanun itu dilaporkan menggunakan senjata moden seperti AK-47 dan pelancar granade dan memanjat dinding vesel dengan galah. Kapal itu seberat 32,169 tan dibina pada 1997 dan mampu dipintas oleh bot laju lanun.

Manakala kapal MT Bunga Melati Lima telah dirampas oleh lanun di Teluk Aden, Somalia - Yemen jam 9.50 malam , 29 Ogos 2008, 10 hari selepas kejadian pertama 19 Ogos 2008 .

Kapal itu dikendalikan oleh 41 anak kapal termasuk 36 warga Malaysia dan krew penyelenggaraan sementara warga Filipina.

Kapal itu membawa 30,000 MT bahan petrokimia dari Yanbu, Arab Saudi ke pelabuhan Singapura.


Sumber logistik & statistik : Harakahdaily

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter