RAKYAT DERITA, PEMIMPIN BN SERONOK MELANCONG ~ Ref Malaysiakini

Di saat rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan akibat masalah kenaikan harga barang, harga minyak, banjir dan seribu satu masalah, pemimpin-pemimpin BN senang lenang melancong keluar negeri. Semalam 41 orang ahli-ahli Parlimen BN berangkat keluar negeri konon-kononnya untuk lawatan sambil belajar. Khabarnya melawat industri pertanian.

Inilah rupa sebenar kerajaan BN. Mereka tidak tahu yang mana satu penting dan yang mana tidak penting. Bagi mereka rakyat kena pandai-pandai sendiri mencari makan untuk hidup. Kemewahan dan kesenangan ini seolah-olah milik pemimpin BN sahaja, rakyat tidak berhak untuk tumpang kesenangan mereka sedangkan gaji dan elaun mereka dibayar oleh rakyat.

Malang sekali bagi mana-mana rakyat yang mengundi dan mengangkat Ahli-ahli Parlimen BN yang tidak prihatin dengan masalah rakyat ini. Sepatutnya dalam keadaan rakyat semakin tertekan dan terhimpit, pemimpin BN tidak wajar untuk melakukan lawatan keluar negeri dengan berbelanja sebegitu besar walaupun ada yang menyebut bahawa lawatan tersebut atas perbelanjaan sendiri. Benar ke perbelanjaan sendiri? ...hebat sungguh ahli parlimen BN sehingga sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membuat lawatan sambil belajar. Kalau nak menipu rakyat pun biarlan logik dan munasabah.

Sepatutnya duit yang berjumlah mungkin ratusan ribu itu dibelanjakan untuk meringankan beban rakyat miskin yang masih ramai lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malangnya sikap untuk berjimat cermat dan membantu rakyat tidak ada dalam kamus hidup pemimpin BN.

Saya menyeru rakyat Malaysia supaya insaf dan sedar akan sikap pemimpin BN yang boros, tidak tahu keutamaan dan tidak mengenal kesengsaraan dan keperitan hidup rakyat. Apa lagi kita boleh buat selain menolak mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Comments

Nostradamus said…
Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
-------------------------------

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com