PM JEPUN LETAK JAWATAN, PM MALAYSIA BILA LAGI ~ Ref Malaysiakini

Hebatnya Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda, seorang yang berjiwa besar dan bertanggungjawab kepada negaranya. Tidak seperti Perdana Menteri Malaysia yang jelas ditolak rakyat pada PRU ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi masih mahu memegang jawatannya. Walaupun beliau Perdana Menteri BN yang paling terus 'performance'nya dalam PRU sejak 1951 tetapi masih tidak malu untuk meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Berlainan sekali dengan Perdana Menteri Jepuan yang jelas mempunyai maruah dan harga diri.

Media melaporkan bahawa Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam tadi, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kita perlukan satu pasukan baru untuk mengendalikan dasar di Parlimen,” katanya ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar di Tokyo malam tadi.

Fukuda, 72, bagaimanapun, tidak menyebut tentang pilihan raya baru, bagaimanapun keputusannya itu membuka jalan kepada pemilihan kepimpinan baru dalam parti pemerintah itu.

Calon yang disebut-sebut menggantikan beliau ialah Taro Aso, 67, bekas Menteri Luar Jepun yang disifatkan lebih karismatik dan berpendirian konservatif.

Fukuda berkata, beliau membuat keputusan itu berikutan ketegangan di Parlimen.

Inilah Perdana Menteri sebuah negara maju yang sangat komited dan bertanggungjawab kepada kepimpinannya. Bila sahaja beliau gagal memainkan peranannya sebagai Perdana Menteri beliau terus melepaskan jawatan untuk diambilalih oleh orang lain agar sesuatu kemelut dapat diselesaikan.

Berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, walaupun diminta meletakkan jawatan oleh anggota partinya sendiri dan pembangkang beliau masih juga tidak mahu berbuat demikian. Patutlah Malaysia tidak maju-maju dan berhadapan dengan seribu satu masalah kerana ditadbir oleh seorang yang tidak bertanggungjawab.

Comments