PEMBODEK-PEMBODEK BARU PAK LAH MUNCUL ~ Ref Malaysiakini

Selepas Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin menggesa pelan peralihan kuasa Pak Lah-Najib dipercepatkan timbul pelbagai reaksi dari pemimpin dan akar umbi Umno. Majoriti dari mereka menyokong kenyataan Muhyiddin. Ini ditambah lagi kenyataan Muhyiddin dilihat senada dengan Najib yang begitu gembira bila Muhyiddin membangkitkan isu ini.

Hatta pembodek-pembodek terkenal Pak Lah seperti Mat Taib dan Ali Rustam juga seolah-olah bersetuju dengan Muhyiddin dan Najib. Muhyiddin dilihat sebagai wira kerana berani mengkritik pelan peralihan itu dan secara tidak langsungnya mengkritik Pak Lah. Mat Taib dan Ali Rustam dilihat terpaksa menunjukkan mereka berada ditengah-tengah bagi memastikan mereka tidak dicap berada di kem tertentu.

Namun kini ujud pula pembodek-pembodek Pak Lah yang baru. Mungkin sebelum ini mereka ini tidak terlalu nampak kaki pembodek tetapi selepas isu Muhyiddin ini mereka pantas bingkas membodek mungkin kerana menyangka usia Pak Lah sebagai Presiden Umno akan kekal lama. Maka inilah kesempatan bagi mereka untuk memperbaiki kedudukan di dalam Umno manalah tahu mereka dijadikan anak emas oleh Pak Lah kelak.

Dua orang pembodek baru ujud ini kedua-duanya dari Kelantan iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dan ADUN Kok Lanas, Kelantan,Alwi Che Ahmad. Kedua-dua mereka menggesa Muhyiddin supaya meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan pelan peralihan tersebut.

Tetapi 2 orang pembodek ini belum tentu akan kekal berada di atas 'track' yang betul andaikata Pak Lah tersungkur Disember ini. Malanglah mereka kalau Pak Lah dimalukan seperti Anwar memalukan Allahyarham Tun Ghafar Baba satu ketika dahulu.

Semoga bodekan mereka mengena kali ini. Dalam Umno kalau tidak MEMBODEK tidak akan kekal lama. BODEKAN adalah salah satu cara paling ampuh untuk naik dari satu tapak ke satu tapak. Kalau tidak takkan 'orang itu' boleh sampai ke tahap sekarang walaupun semua orang kenal siapa dia dulu.

Comments

BoyDontUcry said…
Jom lakukan HARTAL untuk selamatkan negara tercinta ini.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG!
MANSUHKAN ISA SEKARANG!



Let's do HARTAL for our beloved country.

FREE ALL ISA DETAINEES NOW!
ABOLISH ISA NOW!
Unknown said…
Tahun 2004 adalah tahun kemuncak Pak Lah, dia menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Tapi sayang, kerana terlalu yakin dengan kemenangan besar yang diperolehi pada masa itu membuatkan beliau tidak lagi peka sebaliknya menjadi pekak kepada masalah rakyat.

Beliau lebih suka mendengar masalah rakyat dan mengatur strategi pentadbiran Negara melalui penasihat-penasihatnya yang salah.

Keresahan kaum India yang dirupakan melalui Hindraf tidak ditangani dengan betul, malah beliau mengambil langkah berkonfrantasi dengan Hindraf dengan menangkap beberapa pemimpin mereka di bawah ISA. Langkah Pak Lah ini dianggap oleh kaum India sebagai keterlaluan kerana Hindraf seperti juga MIC, antara pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India sekalipun tidak berdaftar.

Memusuhi Hindraf samalah juga seperti memusuhi kaum India. Keadaan ini tidak sama seperti menangkap pemimpin-pemimpin kaum India yang mewakili parti DAP atau parti Keadilan Rakyat.

Kemarahan kaum India dan rasa tidak puashati orang-orang Cina kepada kepimpinan Pak Lah telah banyak menyumbang kepada merosotnya undi BN pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Boleh dikatakan kemenangan BN pada piliharaya umum ke 12 itu banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu saja. Sejak itu orang ramai banyak menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan undi kepada BN itu. Malah ramai pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri turut menyalahkan Pak Lah.

Sebelum itu Dr. Mahathir memang tidak puashati dengan pentadbiran Pak Lah. Keputusan pilihanraya itu telah diambil kesempatan untuk dijadikan alasan yang kuat oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokong beliau untuk menolak kepimpinan Pak Lah.

Kerana desakan kuat dari pelbagai pihak dalam UMNO, Pak Lah telah cuba meredakan keadaan dengan mengemukakan rancangan peralihan kuasa. Dalam rancangan peralihan kuasa itu Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kepimpinannya kepada timbalan pada bulan Jun 2010.

Semasa Pak Lah mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, tidak ada pula kejadian ‘histeria’ berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak sama seperti semasa Dr. Mahathir mengumumkan beliau hendak meletak jawatan pada satu masa dulu, di mana Rafidah Aziz, Hishamudin Hussein, Isa Samad bagaikan terkena histeria meluru ke depan untuk menghalang Dr. Mahathir meneruskan hasratnya itu.

Walaupun rancangan peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Pak Lah itu dapat meredakan desakan pelbagai pihak untuk beliau meletakkan jawatan, tetapi kesan darinya menyebabkan kepimpinan Pak Lah bertambah lemah. Keadaannya samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukum gantung yang telah diketahui tarikh kematiannya.

Makin ramai pemimpin UMNO yang lebih rapat dengan Pak Lah sebelum ini seperti Mahyudin Yasin telah mula berani membodek Najib supaya tarikh peralihan kuasa itu dibuat lebih awal dari Jun 2010.

Sesiapa pun di waktu ini tidak takut lagi kepada Pak Lah, kerana hayat kuasa Pak Lah hanya tinggal tidak sampai dua tahun lagi. Kalaupun Pak Lah singkir dan pecat orang-orang yang menentangnya, pasti dalam dua tahun lagi mereka akan diambil dan diangkat semula oleh Najib dengan pangkat dan jawatan yang mungkin lebih tinggi.

Kepada mereka yang inginkan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang, maka sekarang adalah masa yang baik untuk membodek Najib bukan Pak Lah.

Sekarang mungkin Pak Lah sudah dapat tahu siapakah kawan yang sebenar di masa susah. Dalam politik kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

Jangan sekali kita lupa bahawa yang menaikkan diri kita dalam politik hingga ke jawatan Perdana Menteri ialah undi rakyat, oleh itu jangan sekali kita lupa kepada mereka.

Pak Lah telah dijadikan ‘kambing korban’ untuk disembelih bagi menyelamatkan BN, tetapi betulkah BN akan selamat selepas Pak Lah dikorbankan?