PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SUDAH BERANI SENTUH ISU POLITIK, APA MAKNANYA INI ~ Ref Malaysiakini

Hari ini satu lagi sejarah tercipta apabila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula mengeluarkan kenyataan menyentuh isu-isu politik tanahair. Sebelum ini seingat saya belum pernah mana-mana Panglima ATM sebelum ini yang bertindak demikian. Ini merupakan senario baru dalam politik negara kita. Apa maknanya semua ini. Kalau sebelum ini kita sering melihat dan mendengar kenyataan dari Ketua Polis Negara sahaja tentang masalah politik dan ketenteraman awam kerana itu memang dalam bidang kuasanya. Namun hari ini lain macam pula rasanya bila Panglima ATM berbuat demikian.

Memang tidak ada salahnya Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal(gambar) menyentuh isu ini. Cuma bagi saya agak sedikit janggal sebab sebelum ini tidak pernah disentuh oleh bekas-bekas seniornya (Panglima-Pangliman ATM terdahulu).

Hari ini Abdul Aziz dalam kenyataannya menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Jelas Abdul Aziz, isu-isu perkauman tidak seharusnya disentuh kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak aman di negara ini.Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan.

Beliau menggesa demikian berikutan banyaknya polemik kebelakangan ini yang membangkitkan isu perkauman.

Tambahnya, isu perkauman dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan sekiranya tidak dibendung awal. Secara realitinya, isu perkauman menjadi ancaman utama pada negara dan ia patut dielakkan.

Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas dengan menyatakan masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka.

Bagi saya Panglima ATM tidak perlu mencampuri urusan ketenteraman awam ini selagi ianya dapat ditangani oleh Polis. Ini kerana campurtangan tentera sudah tentu menunjukkan bahawa Polis gagal menjalankan tugasnya. Malah kita juga tidak mahu isu ini dikeruhkan lagi di mana kemungkinan ada rakyat yang memandang serong tindakan ATM yang seolah-olah mula mengambil tahu masalah di luar tugas asasi mereka.

Saya juga menggesa Najib sebagai Menteri Pertahanan supaya berhati-hati dalam mentadbir kementerian pertahanan ini supaya tidak ada perasan syak wasangka dari rakyat tentang sikap dan kenyataan terbuka ATM dalam isu ini.

Comments

Aapai said…
apa tentera malaysia taboleh sentuh isu politik dalam negara sendiri,ini malaysia negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan.