PAKATAN SEDANG BERSEDIA UNTUK AMBIL ALIH KERAJAAN BILA-BILA MASA ~ Ref Malaysiakini

Pakatan Rakyat sedang menjalankan persediaan untuk mengambilalih kerajaan dari BN yang dijangka berlaku bila-bila masa.

Antara tindakan yang dipercayai sedang dilakukan ialah mencari tarikh sesuai untuk bertemu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta mendesak Abdullah meletakkan jawatan.

Selain itu PR juga dipercayai sedang mencari tarikh sesuai untuk mencadangkan supaya Speaker memanggil sidang parlimen tergempar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa berkata tarikh 16 September sudah berlalu dan kini parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat (PR) dalam proses terakhir untuk membuat persiapan asas dan teknikal peralihan kuasa.

Seperti yang dinyatakan Anwar, Husam juga mengulanginya bahawa PR mahu (proses) peralihan itu berjalan dengan baik, teratur dengan tidak menimbulkan masalah.

Husam berkata PR berhasrat untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil, jujur, bebas dan mampu menyatukan rakyat Malaysia berasaskan keadilan dan kejujuran selari dengan kehendak Islam.

Kenyataan Husam ini bagi saya menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa Islam dipinggirkan terus dari pentadbiran PR nanti. Persoalaannya apakah keadilan, kejujuran dan kebajikan tidak selari dengan Islam.

Apa yang penting ialah PR sudah pasti akan memastikan kerajaan ini lebih telus, adil, jujur dan berkebajikan tidak hanya retorik mesti dilaksanakan. Inilah perbezaan ketara yang saya jangka antara kerajaan PR dan BN.

Comments