PAKATAN KEJAR BN LARI ~ Ref Malaysiakini

Episod kejar mengejar antara PR dan BN terus menjadi tontonan rakyat. Di mana rakyat seolah-olah menjadi hakim kepada episod ini. Ianya masih belum berkakhir. Bila akan berakhir masih belum diketahui.

Bermula dengan episod ahli parlimen PKR bergegas ke Taiwan mengejar 49 ahli parlimen BN yang dikuarantinkan kini Anwar mula 'mengejar' Pak Lah dengan 2 pucuk surat yang digelar Pak Lah bukan surat tetapi 'press statement'. Malah Pak Lah juga tidak faham akan isi 'surat' tersebut. Inilah pertama kali saya mendengar seorang Perdana Menteri yang tidak faham isi surat yang saya yakin 'straight forward' sahaja isinya. Bukan Pak Lah tidak ambil BM Kertas Julai lagi kot, menyebabkan beliau tidak faham maksud yang ditulis Anwar di dalam surat tersebut.

Setelah Pak Lah menolak mentah-mentah surat tersebut, Anwar mengejar Pak Lah dengan surat kedua menggesa Pak Lah memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membincangkan isu undi tidak percaya kepada kepimpinannya. Saya yakin Anwar pun tahu bahawa Pak Lah tidak akan melayan permintaannya. Tetapi atas dasar menghormati Pak Lah sebagai Perdana Menteri lebih manis Anwar menyatakan hasratnya kepada Pak Lah walaupu Pak Lah sudah tentu bersetuju dengan permintaan tersebut. Sudah tentu Pak Lah buang tabiat kalau dia bersetuju dengan cadangan Anwar.

Surat kedua Anwar akan tamat tempohnya esok iaitu 23 September 2008. Jika Pak Lah gagal memenuhi tuntutannya Anwar akan melangkah setapak lagi iaitu memohon perkenan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menyatakan hasrat dan permohonan hamba rakyat. PR diberitakan telah menghantar surat tersebut beberapa hari lalu. Namun sehingga kini masih belum ada perkembangan.

Hamba sahya masih ternanti-nanti perkembangan seterusnya episod kejar mengejar PR dan BN ini. Bilakah ianya akan berakhir?

Semua ini adalah gara-gara Pak Lah tidak mahu tunduk kepada kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Sebaliknya semalam Umno pula mengejar Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno Muhammad Mohd Taib 'mengejar' Anwar supaya menamatkan ‘drama’ tersebut, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk umum atau mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang kononnya telah bersetuju menyertai pembangkang.

Tempoh 48 jam itu bermula semalam, Sabtu dan menjelang Isnin jika benar ada Anwar perlu mengumumkan nama-nama tersebut, kata Mat Taib.

Jadi episod sudah jadi macam cerita kartun nampaknya. Siapa yang menang, siapa yang kalah. Saya yakin Pakatan Rakyat akan menang jika kedua-dua pihak bertindak matang, professional dan mengikut undang-undang negara serta tidak menggunakan sebarang akta zalim seperti ISA.

Comments