PAK LAH TOLAK PERLETAKKAN JAWATAN ZAID DEMI MASA DEPANNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya berpendapat demi menyelamatkan maruahnya Perdana Menteri terpaksa menolak perletakkan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Pak Lah menolaknya bagi mengurangkan malunya akibat tindakan berani Zaid mempertikaikan kerajaan Pak Lah yang menggunakan akta draconian ISA menahan orang awam.

Andaikata Pak Lah menerima perletakkan jawatan Zaid, maka sudah tentu Pak Lah bersetuju dengan pandangan Zaid bahawa kerajaan pimpinannya sudah jauh menyimpang dari matlamat untuk melakukan reformasi perundangan di dalam negara.

Zaid yang menyerahkan surat perletakan jawatan jam 2.00 petang tadi diberitakan menemui Pak Lah selepas itu, di mana pada pertemuan itu dilaporkan Pak Lah meminta Zaid bercuti selama 2 minggu supaya dapat memikirkan semula keputusannya meletakkan jawatan.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Bagi saya kepimpinan Pak Lah semakin hari semakin terdesak sekarang. BN, Umno dan kerajaan yang dipimpin Pak Lah semuanya berada dalam tahap yang paling lemah dan kritikal dengan seribu satu masalah.

Pak Lah mendapat tentangan hebat di dalam Umno apabila pelan peralihan kuasa beliau dan Timbalannya Najib yang dijadualkan pada 2010 dikritik sebahagian besar pimpinan Umno Pusat dan akar Umbi. Mereka mahukan peralihan itu dipercepatkan.

BN pimpinan Pak Lah semakin kucar kacir selepas Gerakan, MCA dan SAPP mengancam untuk keluar parti. Gerakan dan MCA begitu marah kerana Pak Lah lemah dan lambat dalam menangani isu Ahmad Ismail.

Parti Maju Sabah pula akan membuat keputusan Rabu ini tentang masa depan di dalam BN.

Manakala Kerajaan pimpinan Pak Lah pula bagaikan telur di hujung tanduk di asak oleh Pakatan Rakyat.

Wajar sekali PAk Lah meletakkan jawatan sekarang sebelum keadaan menjadi lebih parah dan teruk. Adalah lebih manis Pak Lah mengundurkan diri berbanding beliau 'direntap' turun samada oleh musuh politik dalaman atau luaran.

Comments