ORANG KAMPUNG SENDIRIPUN TOLAK PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Siapa lagi yang akan menyokong Pak Lah kalau orang kampung sendiri pun meluat dan menyampah kepada Pak Lah. Inilah hakikat yang terpaksa Pak Lah terima apabila sebahagian besar bahagian-bahagian UMno di Pulau Pinang juga diberitakan menolak Pak Lah.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

Menurutnya Abdullah tidak ada pilihan lagi beliau mesti berundur sebelum hujung tahun.

Pemimpin itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepada agensi berita AFP bahawa Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan.

Katanya, Andullah tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa.

Tidak syak lagi Abdullah terpaksa akur kepada kehendak rakyat.

Comments