NAJIB TIADA PILIHAN TERPAKSA AKUR KEPADA PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Kesihan Imam 2 Islam Hadhari terpaksa akur kepada kehendak Imam besar Islam Hadhari dalam isu peralihan kuasa. Mengapa terjadi sedemikian. Adakah di dalam batang tubuh Najib mengalir darah Hang Tuah yang tidak pernah menderhaka kepada tuannya. Masalahnya adakah Pak Lah Tuan kepada Najib?.

Setelah Najib di'sekolah'kan oleh Pak Lah semalam, akhirnya keputusan perbincangan itulah Pelan Peralihan itu kekal tidak boleh diusik.

Mengapa Najib tidak berani menyanggahnya? Sedangkan hampir semua pemimpin Umno dan akar umbi mahukan pelan itu dipercepatkan atau ahli akar umbi diberi kebebasan untuk menerima atau menolak pelan tersebut.

Apa yang menyebabkan Najib takut benar untuk menentang Pak Lah? Saya rasa mungkin pelawat lebih maklum dari saya. Saya sendiri tercari-cari mengapa Najib masih sabar menunggu sehingga Jun 2010 sedangkan akar umbi boleh dikatakan majoritinya menyokong beliau. Seolah-olah ada 'puaka' atau 'penunggu' yang menyebabkan Najib tidak berani menentang pelan itu secara terang-terangan.

Jelas sekali Najib seolah-olah kelu dan kaku dalam menghadapi isu ini sedangkan dalam kenyaaan akhbar baru-baru ini Najib begitu lantang mahukan ahli akar umbi diberi pilihan untuk menerima atau menolak pelan peralihan yang tidak logik tersebut.

Pada Julai lalu, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang bakal dilaksanakan pada Jun 2010.

Bagaimanapun pada 12 September lalu, Najib berkata, peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat tahunan bahagian UMNO.

Menurut Najib, selepas itu barulah perkara tersebut dibawa untuk diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.

Dua hari sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin berkata, pelan peralihan yang diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Comments

pua kang kang said…
Ada altantuya disebalik kubor