MINYAK DUNIA TURUN SEHINGGA USD91 SETONG, MINYAK MALAYSIA MASIH BELUM TURUN ~ Ref Malaysiakini

Bila minyak dunia naik, sepantas kilat harga minyak di negara kita dinaikkan tanpa bertangguh. Tetapi bila harga minyak dunia turun kerajaan BN kelihatan buat tidak tahu sahaja. Malah membesar-besarkan isu lain untuk melalaikan rakyat dari mengingati harga minyak.

Kini harga minyak turun di paras di bawah USD100 setong. Malah sudah mencecah USD91 setong. Namun tidak ada khabar berita dari kerajaan BN. Pemimpin mereka asyik sibuk dengan pemilihan parti masing-masing. Umno dengan kemelut Umnonya, MCA dengan kerenah dalam MCAnya. Rakyat dibiarkan terkapai-kapai.

Sementelah pula, Pak Lah sedang pucat lesi dengan asakan Anwar sudah tentu beliau tidak ada masa untuk memikirkan masalah harga minyak ini. Siang malam pagi petang, tidur bangun, makan pakai semuanya tidak lepas dari memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan dinasti kerajaan 3 beranak ini.

Malah ada pula barua-barua kerajaan yang berselindung disebalik 'title' Professor dan Dr yang menghalal mewajarkan kerajaan BN agar tidak menurunkan harga minyak seperti yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 Suku malam tadi. Antara kata-katanya ialah jika harga minyak dunia turun jadi keuntungan dari hasil minyak juga akan turun. Persoalaanya bila masa kamu hendak turunkan harga minyak, masa untung banyakkpun kamu naikkan harga. Bila harga turun kamu katakan untung sikit pula.

Memang dasar pembelit, dulu kini dan selamanya pembelit.

Moga-moga pembelit seperti ini akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah S.W.T jika tidak bertaubat segera.

Comments