MCA DAN GERAKAN KELUAR BN? ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh jika MCA dan Gerakan keluar dari BN kerana jelas Umno yang menjadi teras BN sudah tidak menghormati rakan-rakannya dalam BN. Sebab itulah Umno tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang enggan meminta maaf walaupun telah menyinggung perasaan orang Cina.

Sesungguh tindakan Umno dan Ahmad ini melambangkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang tidak boleh bertolak ansur dan tidak terbuka dalam berpolitik. Jarang sekali di dalam sejarah politik Umno, pemimpin-pemimpinnya meminta maaf dalam apa juga kesalahan yang dilakukan mereka. Pemimpin-pemimpin memang ego dan jarang sekali mengakui kesilapan masing-masing. Oleh kerana itulah Presiden Umno sendiripun tidak mahu mengaku bahawa kekalahan BN yang teruk pada PRU ke 12 lalu adalah kerana kelemahan dan kelalaian beliau. Sehingga kini Pak Lah masih mempertahankan dirinya bahawa beliau masih disokong oleh ahli-ahli Umno dan parti komponen BN yang lain.

Dalam isu Ahmad Ismail ini juga jelas kelihatan bahawa pemimpin Umno menyokong tindakan Ahmad yang tidak mahu memohon maaf dan mengakui kesilapan secara terbuka. Apa salahnya Ahmad memohon maaf asalkan kedaulatan Melayu dan Islam tidak dikacau oleh orang lain. Apa guna bertegang urat sedangkan kesalahan tersebut kita sendiri yang lakukan.

Tindakan pemimpin Umno menyokong Ahmad Ismail ini membuktikan bahawa Umno tidak menghormati rakan kongsinya di dalam BN. Maka tidak ada gunanya MCA dan Gerakan serta juga parti-parti komponen lain terus berada di dalam BN jika rakan kongsi yang juga peneraju utama BN sudah tidak menghormati mereka lagi. MCA, Gerakan, MIC dan lain-lainnya bolehlah diibaratkan sebagai melukut di tepi gantang.

Untuk pengetahuan MCA, MIC dan Gerakan Umno sebenarnya tidak pernah ikhlas di dalam persahabatan sebab itulah Umno akan bercakap dalam nada yang berlainan apabila berada di dalam kelompok bangsa Melayu dan bercakap dalam nada yang lain bila berhadapan dengan bangsa bukan Melayu. Inilah perbezaan perjuangan perkauman Melayu sempit dengan perjuangan Islam yan dibawa oleh PAS. Islam tidak pernah meminggirkan golongan Bukan Islam di dalam sesebuah negara Islam. Mereka boleh meneruskan upacara agama, budaya dan sebagainya. Malah rakyat bukan Islam akan dipertahankan seperti juga rakyat yang beragama Islam. Contoh terdekat ialah kerajaan Kelantan. Untuk rekod kerajaan Kelantan pernah meluluskan tanah seluas ribuan hektar untuk pendidikan dan tapak rumah rakyat Bukan Islam.

Bagi saya inilah bahananya apabila Umno meminggirkan perjuangan Islam dari perjuangannya. Yang penting bagi mereka adalah melayu sedangkan perjuangan berasaskan bangsa di tolak oleh Islam.

Jadi sudah sampai masanya MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu pemerintahan baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan.

Melayu Pulau Pinang merempat di Negeri Sendiri

Apalah yang hendak diperjuangkan oleh Umno dan Ahmad di Pulau Pinang sedangkan orang Melayu Pulau Pinang sendiri merempat di negeri sendiri akibat angkara Umno yang bersama-sama memerintah Pulau Pinang bersama Gerakan, MCA dan MIC. Mengapa Ahmad dan Umno tidak membela orang Melayu di Pulau Pinang. Tetapi hebat bercakap tentang isu orang Cina yang disifatkan sebagai pembangkang.

Cuba kita pergi ke Bandaraya Georgetown, berapa kerat kedai Orang Melayu yang ada pun hanyalah kedai mamak. Kalau tidak ada kedai mamak alamat satu kedai melayu pun susah hendak dijumpai.

Sebahagian besar Orang Melayu Pulau Pinang di Jelutong, Batu Uban, Gelugor dan lain-lain seolah-olah merempat di Tanahair sendiri. Rumah-rumah yang mereka bina di dalam laut seperti di Jalan Hajah Rehmah Jelutong pun dirobohkan atas nama pembangunan. Akhirnya ramai yang berpindah ke Kedah mencari rezeki kerana tiada tempat di Pulau Pinang, Inilah kedurjanaan Umno Pulau Pinang yang jelas menzalimi orang Melayu sendiri. Mengapa ini tidak diperjuangkan oleh Umno dan Ahmad 50 tahun dahulu.

Cakap berdegar-degar, kampung dan bangsa sendiri tergadai. Yang kenyang oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Ahmad sendiri yang kaya raya.

Comments

Nostradamus said…
A Tribute to RPK For Your Dreams. (Suatu Penghormatan kepada RPK atas Impian Mu)
---------------------------------

The latest news about RPK in Malaysiakini and Malaysia Today, that he would be detained under the ISA have moved me to dedicate this speech by one of the great Freedom Fighters in the world, Martin Luther King Jr. " I Have a Dream" to him.

(Berita terbaru tentang RPK di Malaysiakini dan Malaysia Today, bahawa beliau akan ditahan dibawah ISA telah mengharukan hati saya untuk mendedikasikan ucapan oleh seorang Pejuang Kebebasan Dunia, Martin Luther King Jr. bertajuk "Saya ada Impian" kepada beliau.)

Let us reminiscent over it at http://patek1472.wordpress.com

(Marilah kita mengenangkan tentangnya di http://patek1472.wordpress.com )
Aapai said…
biarkan mereka ini semua keluar bn,boleh pas cantum bersama umno tubuh parti baru melayu yang kuat dan melaksanakan hukum hudud di malaysia ini.