MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah tak habis-habis masuk bakul angkat sendiri dengan mendakwa BN masih kukuh dan utuh dibawah pentadbirannya. Sedangkan semua orang tahu keadaan sebaliknya berlaku sekarang.

Pak Lah juga mendakwa kerajaan pimpinannya masih tegap dan gagah walaupun semua rakyat sedar kerajaan berada dalam keadaan bagaikan telur dihujung tanduk akibat masalah dalaman BN sekarang begitu goyah sekarang.

Abdullah malam tadi memberi jaminan kepada duta-duta asing di kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bahawa kerajaan masih kukuh meskipun ketika ini dibelenggu pelbagai sentimen politik semasa.

Perdana Menteri turut menegaskan negara ini masih selamat untuk para pelabur dan kerajaan akan terus melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum Mac lalu.

Hakikatnya Pak Lah masuk bakul angkat sendiri kerana kerajaan BN sebenar semakin goyah dan bila-bila masa akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang yang hanya bila ia akan tumbang dan ramai berpendapat Pakatan Rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pilihanraya Umum ke 13 untuk menjadi kerajaan baru.

Ini kerana Pak Lah sebenarnya gagal mentadbir negara dengan baik dan masalah dalaman rumah tangga BN semakin meruncing sehingga Gerakan dan MCA sendiri mengancam untuk meninggalkan BN. Tidak pernah dalam sejarah politik negara MCA dan Gerakan mengancam untuk berbuat demikian. Inilah kelemahan dan kegagalan ketara Pak Lah namun beliau masih lagi tidak mahu mengakui kegagalan beliau. Pak Lah masih MAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.

Comments

memang pun dia tu suka syok sendiri. hari tu dia kata Agong pun suka dengan dia punya pentadbiran.

nak tengok samy vellu hentam dia pulak. tapi rasa1 tak berani kot sebab pru12 hampir semua pocit.

Gerakan dan MCA pun pocit jugak tapi terpaksa melalak kerana nak raih balik penyokong cina.