KULIM-BANDAR BAHARU & SANGLANG JUGA MILIK PAKATAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Andaikata ditakdirkan dua lagi kerusi iaitu Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah dan DUN Sanglang, Perlis berlaku pilihanraya kecil saya yakin Pakatan Rakyat(PR) mampu menang.

Kedua-dua kerusi tersebut sedang menanti keputusan muktamad dari Mahkamah samada kedua-duanya akan diisytiharkan kosong atau sebaliknya kemenangan diberi kepada calon yang kalah pada PRU ke 12 lalu.

Kemenangan YB Zulkifli Nordin dari PKR dicabar oleh calon BN keranan didakwa calon PKR itu tidak menyerah penyata perbelanjaannya ketika menjadi calon pada PRU ke 11 lalu. Zulkifli mendapat 22,255 undi, menewaskan Abdul Aziz Sheikh Fadzir dari BN yang memperoleh 16,672 undi.

Manakala kemenangan calon BN di Sanglang dipertikaikan oleh calon PAS kerana didakwa SPR tersilap mengumumkan calon BN sebagai pemenang. Mahkamah sudah pun membatalkan kemenangan calon BN namun tidak memberikan kata putus samada kerusi tersebut diserah kepada calon PAS, Ustaz Hashim Jasin atau piliharaya kecil perlu diadakan.

Namun bagi PR samada pilihanraya bakal diadakan atau sebaliknya ia tidak menjadi hal kerana PR sekarang ini mempunyai kedudukan yang selesa setelah menunjukkan prestasi yang membanggakan pada PRU ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Sentimen rakyat yang menyebelahi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sudah tentu memberikan kelebihan kepada PR. Momentum penolakan pengundi kepada BN tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh Anwar memenangi semua peti undi di Permatang Pauh suatu fenomena yang jarang berlaku sebelum ini. Kalau seseorang calon itu menang di kerusi Parlimen dan DUN jarang sekali mereka boleh menang di semua peti undi.Fakta ini membuktikan bahawa BN ditolak secara total oleh rakyat.

Keadaan ini benar-benar merimaskan BN yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa membuat sedikit perubahan dalam Bajet 2009 yang kononnya disebut sebagai Bajet mesra rakyat dan pelbagai label angkat bakul masuk sendiri. Namun hakikatnya kosong kerana Bajet 2009 sedikit pun tidak memberikan kesan kepada rakyat marhaen yang berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak dan barangan.

Saya yakin jika kedua-dua pilihanraya kecil ini diadakan pada masa terdekat sudah pasti BN akan dimalukan sekali lagi. Kali ini lebih teruk lagi.......

Comments

mek chabang4 said…
proverb english had said 'DON'T COUNT THE EGGS BEFORE IT HATCH'