KESAL PEGUAM NEGARA TANDATANGAN PERINTAH PINDAH MAHKAMAH ~ Ref Malaysiakini

Saya kesal dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah memindahkan kes liwat Anwar Ibrahim ke mahkamah tinggi.

Sepatutnya sebagai seorang yang tahu undang-undang Gani tidak sepatutnya menandatangani surat perintah tersebut kerana sudah tentu ia akan mendapat tentangan Peguam Anwar. Malah ianya juga boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

Kita mempertikaikan kewibawaaan Gani kerana menandatangani perintah pemindahan kes itu, sedangkan beliau terbabit dalam kes tersebut.

Gani adalah pihak yang disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

Mengapa Gani sengaja menandatanganinya sedangkan beliau sendiri sedar yang pihaknya terlibat dengan aduan Polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa Gani mereka (fabricate) bukti yang Anwar bersalah dalam kes liwat 1998.

Saya memang tidak mahir dalam bab undang-undang tetapi adalah lebih berintegriti jika orang lain yang menandatangani arahan pemindahan kes tersebut. Namun saya kurang pasti, kemungkinan hanya Peguam Negara yang berkuasa dan berautoriti untuk menandatangani surat arahan tersebut. (Kena tanya orang yang mahir undang-undang).

Saya memohon Tan Sri Abdul Gani Patail memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kelalaian beliau dan menarik balik arahan pemindahan mahkamah yang disebut di mahkamah hari ini.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

Comments

Pemuda Malaysia said…
wei sofi,jangan main tulis jer..baca balik semula..bukan tahun 1988 la bongok..tahun 1998..

yang ko nak kesal apahal pulak..??
memang tanggungjawab peguam negara sebab nama pun dah peguam negara..

mana layak BABI nak dibicara dekat mahkamah seksyen..mesti kena pindah ke mahkamah tinggi...

bodoh juga si sofi nie...
Bang_Zai said…
Saudara Sofi,

Sekali lagi kita mendapati semakin tercalarnya integrati perundangan negara kita.Adalah dibimbangi konsep keadilan perundangan tidak dapat lagi diterjemahkan dan dilaksanakan di negara kita.
jrajster said…
Maybe prosecution deliberately wants to postpone the case so that they could find other evidence?

The prosecution proves to be an effective nowadays.
piratexlr said…
pelik la pemuda malaysia ni?aku rasa ko yang bongok kut..kan sofi tulis 1998..kalo sofi silap pun tegur la elok2..aku rasa ko ni pengikut islam hadhari ni..mazhab ni haram jd tu yg ko mcm x posa kut..cakap mcm org bodoh..
bukak minda 2 skit bang..jgn jd (lembu=pemuda malaysia) kene cucuk idung(Bee eNd)..