KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TUMBANG DIGANTIKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Dalam kita sibuk-sibuk menanti pertukaran kerajaan Pusat dari BN kepada Pakatan Rakyat, siapa tahu kerajaan BN Negeri Sembilan juga tumbang seiring dengan pertukaran kerajaan pusat. Ini tidak mustahil kerana kerajaan negeri tersebut semakin goyah disebabkan beberapa isu dalaman ibarat api dalam sekam.

Malah kedudukan BN yang hanya mempunyai majoriti 6 kerusi di DUN Negeri Sembilan sangat genting kerana Pakatan Rakyat hanya memerlukan 4 kerusi sahaja untuk menubuhkan kerajaan baru. Jika 4 orang ADUN BN melompat menyertai PR bermakna PR mempunyai 19 kerusi dan BN tinggal 17 kerusi. Dengan itu PR mempunyai majoriti 2 kerusi di DUN Negeri Sembilan dan layak memerintah Negeri Sembilan.

Apakah mustahil untuk PR membentuk kerajaan negeri? Jawapannya tidak mustahil kerana di dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan di kalangan ADUN BN sendiri siapa yang boleh memberikan jaminan tiada ADUN yang akan melompat menyertai PR.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohammad Hassan merupakan MB yang paling pening dan risau sekarang ini kerana takut jawatannya akan hilang dalam sekelip mata. Oleh sebab itu dilaporkan Mohammad sedang bekerja keras untuk memastikan semua ADUN BN berpuashati dan gembira berada di bawah pentadbirannya.

Perkhbaran yang kita terima dari Seremban menyatakan memang terdapat usaha pihak-pihak tertentu mendekati ADUN-ADUN BN untuk menyertai PR. Namun ianya tidak dapat dipastikan kerana perkembangan politik di Negeri Sembilan jarang sekali di gembar-gemburkan oleh media arus perdana maupun media alternatif.

Namun baru-baru ini politik Negeri Sembilan gempar apabila ADUN Lenggeng, Mustafa Salim ditangkap kerana didakwa menerima rasuah. Kes beliau akan didengar di Mahkamah dan ini sedikit sebanyak menggusarkan Mohamad Hassan.

Bagi kita terpulanglah kepada ADUN-ADUN BN untuk membuat pilihan samada ingin menyertai PR atau tidak. Apa yang penting mereka seharusnya sedar bahawa BN sudah tidak relevan dan tidak mampu untuk memerintah di peringkat Pusat maupun negeri. Kegawatan ekonomi, politik, inflasi, kenaikan harga barangan, peningkatan jenayah dan lain-lain membuktikan bahawa kerajaan BN yang ada mesti diganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat baik di Pusat maupun negeri.

Berikut senarai ADUN-ADUN BN Negeri Sembilan. Siapa yang mungkin melompat menyertai PR?

1. DUN RANTAU ? - YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tidak mungkin , sebab dia Menteri Besar pada masa ini

2. DUN LENGGENG ? - YB. Tuan Mustafa bin Salim
Tidak mungkin , sebab dia akan dibicarakan di mahkamah kes rasuah.

3. DUN SENALING ? - YB Dato’ Haji Ismail bin Lasim

4. DUN CHENNAH ? - YB Tuan Siow Chen Pin

5. DUN JERAM PADANG ? - YB Tuan V.S. Mogan (MIC)

6. DUN LABU ? - YB Datuk Hasim bin Rusdi

7. DUN GEMAS ? - YB Puan Zainab bt. Nasir

8. DUN SERI MENANTI ? - YB Tuan Abd. Samad bin Ibrahim

9. DUN KLAWANG ? - YB Dato’ Yunus bin Rahmat

10. DUN LINGGI ? - YB Dato’ Ismail bin Taib

11. DUN JUASSEH ? - YB Dato’ Mohammad Razi bin Kail

12. DUN SERTING ? - YB Tuan Shamshulkahar bin Mohd. Deli

13. DUN JOHOL ? - YB. Dato’ Roslan bin Mohd. Yusof

14. DUN KOTA ? - YB. Dato' Dr. Haji Awaludin bin Said

15. DUN GEMENCHEH ? - YB. Dato' Mohd. Kamil bin Abd. Aziz

16. DUN PALONG ? - YB. Dato’ Aziz bin Shamsuddin

17. DUN SUNGAI LUI ? - YB. Dato’ Zainal Abidin bin Ahmad

18. DUN PERTANG ? - YB Dato’ Razak bin Mansor

19. DUN PILAH ? - YB. Tuan Haji Adnan bin Haji Abu Hasan

20. DUN CHEMBONG ? - YB. Tuan Zaifulbahri bin Idris PJK.

21. DUN BAGAN PINANG ? - YB. Tuan Azman bin Mohammad Noor

Teka siapa lompat dulu?

Senarai ADUN dipetik dari Blog pakatanrakyatn9.

Comments

Pemuda Malaysia said…
lompat si katak lompat..
lompat lah tinggi..tinggi..
teka siapa dulu melompat..
ko yang melompat kerana.....baru tersedar air liur basi dah meleleh dari mulut ko turun ke dahi...(tido terbalik)...hahaha

mimpi di siang hari betullah ko ni sofi...

Insya-Allah kerajaan BN akan utuh di semua negeri dan pusat..rasanya kerajaan negeri Perak akan bertukar kerana orang PERAK dah meluat dengan PAS sebab jadi tunggangan DAP dan PKR...