KERAJAAN BARU : KAMI TETAP SABAR MENUNGGU ~ Ref Malaysiakini

Kami rakyat marhaen tetap sabar menunggu pembentukan kerajaan baru walaupun ianya dikatakan mimpi di siang hari oleh BN. Kami sudah tidak sanggup hidup di dalam ketakutan dan kesempitan di bawah pemerintahan BN.

Sudah 51 tahun kami diugut, disiksa dan dianiaya oleh dulunya Perikatan kini Barisan Nasional.

Saudara dan kawan kami di bunuh di Memali pada 19 November 1985 di mana kes mahkamah belum selesai
Pimpinan kami Prof Zulkifli Mohamad meninggal dalam kontroversi
Sahabat kami As-Syahid Othman Talib dibunuh di Lubuk Merbau ketika Pilihanraya Kecil Padang Terap, tiada pembelaan hingga kini
Sahabat dan pimpinan kami sudah puluhan orang ditangkap dibawah dan disiksa ISA
Sahabat dan pimpinan kami dianaktiri dan dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia yang bebas, dinafikan kenaikan pangkat, ditukar ke sana ke mari, diberi amaran.
Seluruh rakyat Malaysia berada dalam ketakutan kerana sesiapa sahaja boleh ditahan tanpa bicara di bawah ISA
Seluruh rakyat Malaysia sedang dihukum dengan kenaikan harga minyak dan barangan
Seluruh rakyat Malaysia berada dalam kebimbangan kerana jenayah dan gejala maksiat berleluasa
Seluruh rakyat Malaysia dikunci mulut dan kebebasan mereka dari segi hak untuk bersuara, bermedia, berhimpun dan sebagainya
Seluruh rakyat Malaysia dianaktirikan akibat harta rakyat di'lego' di kalangan kroni BN dalam bentuk projek dan peluang perniagaan
Seluruh rakyat Malaysia didera dengan amalan rasuah, kronisme, nepotisme menyebabkan duit rakyat tiris dan hangus
Seluruh umat Islam dihina dengan Islam dipinggir dan diketepikan dalam undang-undang dan amalan seharian
Seluruh umat Islam berada dalam kebimbangan kerana gejala MURTAD berleluasa
Seluruh rakyat Malaysia diharubirukan dengan isu perkauman sempit

dan seribu satu macam lagi kedurjanaan dan kebobrokan BN dan pemimpinnya.

KAMI SUDAH TIDAK SANGGUP LAGI BERKETUAKAN PEMIMPIN BN DAN KERAJAAN BN YANG ZALIM DAN MABUK KUASA INI.

YA ALLAH MAKBULKAN DOA KAMI AGAR KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT DAPAT DIBENTUK SECEPAT MUNGKIN

Comments