ISA : PERLETAKKAN JAWATAN GIMIK POLITIK ZAID IBRAHIM ? ~ Ref Malaysiakini

Dalam posting sebelum ini saya mengucapkan syabas kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana tegas dalam isu ISA. Namun timbul persoalan adakah Zaid benar-benar berani melakukannya atau hanya gimik politiknya untuk mencari publisiti lebih-lebih lagi beliau sekarang ini sedang sibuk berkempen untuk pemilihan Bahagiannya Kota Baharu. Beliau ditentang oleh bekas Timbalannya yang sedang memangku jawatan Ketua Bahagian.

Samada Zaid mencari publisiti atau tidak saya berpendapat sekurang-kurangnya beliau tegas pada prinsipnya dan juga beliau dilihat beramal dengan ilmu yang beliau ada.

Walaupun begitu saya tetap mengucapkan syabas kepada beliau kerana berani 'menggertak' Pak Lah dan Syed Hamid sehingga beliau dikecam kerana mensensasikan isu ini di dalam media.

Bagi saya walaupun Zaid agak terlambat bersuara tentang ISA ini, sekurang-kurangnya beliau sensitif tentang isu ini tidak seperti menteri-menteri lain yang langsung tidak peka kepada Hak Asasi Manusia ini.

Amat sesuai sekali beliau menentang ISA kerana beliau adalah seorang pengamal undang-undang sepenuh masa sebelum ini. Yang saya kesalkan ialah cerdik pandai undang-undang lain seperti Hishamuddin, Dr Rais Yatim, Azalina Othman Said dan lain-lainnya mengapa sunyi sepi. Malah lebih malang lagi mereka terus memberikan sokongan kepada akta rimba ini.

Comments

sagaraptor said…
dia dah resign dah.....