IBRAHIM ALI NAIK TOCANG : WAJAR DIBERI AMARAN ~ Ref Malaysiakini

Saya berharap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali supaya berdiam diri tidak membuat kenyataan seolah-olah beliau jurucakap Umno. Ibrahim Ali kena sedar bahawa beliau dipilih di Pasir Mas sebagai Ahli Parlimen adalah atas belas ihsan PAS. Tidak wajar beliau menikam Pakatan Rakyat sedangkan PAS adalah anggota Pakatan Rakyat.

Hari ini saya begitu kesal dengan kenyataan Ibrahim Ali dipetik dari Mstar yang melaporkan bahawa beliau berkata rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

Kenyataan Ibrahim Ali sudah tentu mengguriskan hati penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS. Nampak jelas Ibrahim tidak mempunyai pendirian. Mungkin perangai lamanya suka melompat menhinggapinya semula.

Sejak dari mula beliau diberikan kerusi Pasir Mas lagi saya secara peribadi tidak bersetuju kerana kita semua sudah kenal siapa Ibrahim Ali. Beliau pandai berlakon membuat muka sedih ketika beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan ataupun tidak dilayan sesiapa. Tetapi bila beliau merasakan beliau kuat mulalah naik tocang.

Saya mencadangkan pemimpin PAS khasnya PAS Kelantan supaya memberikan amaran kepada Ibrahim Ali agar berhati-hati membuat kenyataan di media. Ibrahim mesti sedar diri jangan menyangka beliau handal dan boleh berlagak macam 'lone ranger' atau 'zorro'.

Comments

dark am said…
ibrahim ali memang gitu dari dulu lagi.. takleh nak wat pe ngan mulut gatai nie.. kalau jahit pun putus balik.. dia dari s46 sampai ke umno pastu kena tendang.. jadi bebas n ikut pakatan ngan pas.. mulut dia time ceramah ngan pas pun gitu gak.. wat bodo je ngan orang tua tu..

jahat2 mulut dia pun penyokong dia bulih tahan ramai kat pasir mas tu.. ngekor je mana dia pegi.. tak berpaling..