HIMPUNAN 15 SEPT PENUH MAKNA ~ Ref Malaysiakini

Himpunan yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat malam ini penuh makna dalam meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan.

Program yang dianjurkan bersama dengan kerajaan Selangor merupakan suatu titik tolak kepada kesepakatan dan perpaduan rakyat Malaysia yang menolak kebejatan dan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sekarang.

Ianya akan diadakan di Stadium Kelana Jaya malam ini bagi membantah tindakan kerajaan membuat tangkapan di bawah ISA - sehari sebelum sampainya tarikh rancangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil kuasa melalui penyertaan ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan.

Lebih manis dari itu ianya juga menjadi tarikh mula gerakan rakyat untuk membebaskan diri dari perhambaan kepada sesama manusia iaitu kerajaan BN kepada perhambaan kepada yang Maha Esa.Kita mahu membebaskan rakyat dari ketakutan kepada kerajaan BN yang sentiasa menekan rakyat dengan pelbagai kezaliman seperti ISA, menaikkan harga minyak, ketidakstabilan ekonomi, peningkatan jenayah, rasuah dan sebagainya.

Sesungguhnya rakyat memang menantikan saat keruntuhan kerajaan BN yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat. Namun rakyat tetap setia menanti kemunculan hari bahagia walaupun mungkin bukan pada 16 September, rakyat tetap bersabar. Jika mereka boleh bersabar selama 51 tahun sudah tentu mereka boleh bersabar dalam jangkamasa yang lebih singkat.

Peristiwa penahanan 3 orang rakyat yang di bawah Akta Zalim ISA di mana mereka tidak dibuktikan bersalah membuakkan lagi semangat rakyat untuk melihat kerajaan BN tersungkur dengan keangkuhan mereka. Siang dan malam kami rakyat Malaysia mendoakan kerajaan BN tumbang. Setiap kali selepas solat sementelah lagi dalam bulan Ramadhan ini kami memohon pertolongan Allah S.W.T agar mengebumikan kerajaan zalim BN ini.

Kalau Allah dengan mudah menghapuskan kerajaan Namrud, Firaun dan lain-lain kerajaan zalim, apakah kerajaan BN menyangka kerajaan mereka tidak boleh dilenyapkan oleh Allah S.W.T.

Marilah wahai sekelian rakyat yang ditindas, dizalimi, disepak terajang, dimalukan, dianak tiri dan seribu satu macam lagi kezaliman yang dilakukan BN, mari kita bermunajat kepada Allah agar doa dan harapan kita dimakbulkan Allah.

Amin Ya Rabbul A'lamin.

Comments