HARGA BARANGAN MELAMBUNG, KERAJAAN BUTAKAN MATA PEKAKKAN TELINGA ~ Ref Malaysiakini

Bandaraya Melaka : Harga barangan di Pasar Melaka terus melambung tinggi walaupun terdapat jaminan dari pihak kerajaan akan mengawal harga barangan keperluan harian tersebut. Namun semuanya hanyalah omongan kosong untuk menyedapkan hati rakyat yang semakin terhimpit dan tertekan sekarang.
Tinjauan Siasah di Pasar Melaka minggu ini mendapati terdapat perbezaan ketara antara harga barangan tertentu minggu ini berbading minggu lalu.
Berikut adalah harga barang yang biasa saya beli di Pasar Besar Melaka yang naik dalam masa seminggu berdasarkan tinjauan kami Isnin lalu :

Ayam /kg Harga Minggu lalu : RM 6.00
Harga Sekarang : RM 7.00

Daging/kg Harga Minggu lalu : RM 18.00
Harga Sekarang : RM 20 / 22

Kerang/kg Harga Minggu lalu : RM 1.50-2.00
Harga Sekarang : RM 2.50 -4.00

Ikan tenggiri/kg Harga Minggu lalu : RM 17.00-18.00
Harga Sekarang : RM 20.00 – RM 22

Bayangkan ini baru 4 jenis barang basah di pasar yang menjadi keperluan harian pengguna. Bagaimana agaknya dengan barang keperluan lain?. Persoanlannya apa peranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad dalam menangani masalah ini ?

Selepas, pengumuman kenaikan harga minyak pada Jun lalu, menteri tersebut berkata akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menaikan harga barang secara sesuka hati. Malangnya ianya hanya janji manis ibarat menanam tebu di bibir mulut.

Seorang pengguna dari Alor Gajah, Bahiki Ismail, 49 berkata kadar inflasi yang diumumkan oleh Menteri Kewangan kedua tempohari bukan lagi 8.5 % tetapi lebih tinggi dari itu berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

"Sudahlah rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak kini rakyat terus dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para peniaga menaikkan harga barang secara sesuka hati dan bermaharajalela tanpa penguatkuasaan yang tegas dan konsisten".

"Begitu juga yang berlaku dengan kenaikan tambang bas hingga melebihi 100 % untuk musim perayaan seperti yang didedahkan berlaku di Melaka Sentral. Menunjukkan kelemahan kelemahan ketara agensi –agensi penguatkuasaan" kata beliau kesal.
Bagi Ahmad Rafai, 35 dari Ayer Molek pula kesal dengan kelemahan kerajaan mengawal harga barang yang seolah-olah terus meningkat tanpa had.

"Semua ini seolah –olah menunjukkan kerajaan yang ada semakin lemah dan tidak stabil sehingga kelihatan tidak berupaya menangani masalah yang berlaku"

"Rakyat semakin terhimpit dan tertekan dengan kelemahan kerajaan mengawal harga barang, tetapi kerajaan tetap berdiam diri dan mendakwa akan terus membantu rakyat,namun semuanya hanya tinggal janji tidak ditepati".

Sumber harga : Angkasanuri

Comments

david said…
Bukan seolah olah kerajaan sekarang tak berupaya dan lemah. Adalah fakta dan hakikat yang benar kerajaan sekarang

memang tak berupaya menangani masalah masalah ekonomi negara sejak beberapa tahun yang lalu. cuma ia menjadi teruk

kebelakangan ini dengan kenaikan harga minyak. puncanya semua sebab rasuah yang keterlaluan dan banyak skandal

sehingga lupa akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya kepada rakyat. mereka lupa gaji mereka dibayar dari duit

cukai rakyat tapi berperangai macam kita dapat gaji sebab mereka. saya cabar mereka perbetulkan komen i ini kalau

silap. orang Melaka, kena ambil tanggung jawab sikit sebab mengundi mereka menang pilihanraya umum yang lalu. harap

Melaka tahu apa yang perlu buat pada pilihanraya akan datang kalau Pakatan Rakyat tak berjaya pada September ini.
kc7 said…
Nampaknya benteng akhir sesudah Ketuanan Melayu runtuh rantah ialah agama. Islam kini telah mula dijadikan alat pelindung. Dari hari ke hari semakin jelas jubah Ketuanan Melayu sedang di corak untuk diIslamkan.

Seorang peguam yang tindakan dan tingkah lakunya bukan saja kurang sopan – menggangu forum sivil - malah lebih mendekati bentuk samseng telah berkata, ‘ Saya orang Islam dahulu dan kemudian baru seorang peguam’. Inilah apa yang saya maksudkan membuat jahat tetapi berselindung di belakang tabir agama.

Ada dua perkara yang sering berlaku dalam situasi sebagini: Pertama: jika ada penganut Islam yang cuba mengeluarkan pandangan yang berbeza maka akan sampailah ‘ scud missile’ yang menuduh si Penganut ini kurang ariff dalam agama. Atau tidak bertauliah untuk bercakap dalam hal agama. Atau tidak tahu bahasa Arab.

Orang yang menuduh ini lupa bahawa setiap detik dan setiap saat si Penganut ini berkomunikasi dengan Yang Maha Esa dalam apa sahaja bahasa. ‘Scud missile’ ini dihadapkan dengan harapan si Penganut ini akan merasa terancam dan tidak lagi berani bersuara.

Mematikan perbincangan pastilah bukan ajaran mana-mana agama.

Kedua: satu ketika dahulu sesiapa yang cuba mengeluarkan pandangan, membuat laporan rasuah, atau penyalah gunaan kuasa yang dianggap ‘anti-Melayu’. Hari ini tema ‘anti-Melayu’ telah di kapankan. Yang bangun dari kubur ‘masih lagi tema anti-Melayu’ tetapi memakai topeng Islam.

Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.

Gerombolan United Malays National Organisation tahu dengan menggunakan topeng agama ini penganut Isaam dalam negara ini akan marah. Kemarahan warga ini diharap-harapkan akan ditujukan kepada Malaysia-Today.

Laman web Malaysia-Today tidak menghina agama atau Nabi tetapi membocorkan kepada warga Malaysia tentang segala kerenah dan salah kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di kepalai oleh United Malays National Organisation.

Laman ini terus memaparkan ‘cerita-cerita dalam’ yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Malaysia-Today telah melaporkan berita tentang pembunuhan Altantuya, peranan Najib dan Rosmah dalam kes Mongolia, berita rasuah Johari Baharum, peranan samseng China dan berpuluh-puluh berita yang tidak akan dilaporkan oleh media pro- Barisan Nasional.

Islam dan Nabi Muhamad telah digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar tidak lagi mempercayai laporan berita Malaysia-Today. Jika warga naik marah diharapkan pengendali laman ini akan ‘diserang’.

Justeru, ini adalah contoh terbaik bagaimana segala kejahatan dan kemungkaran cuba ‘disucikan’ dengan menggunakan agama.

Akhir-akhir ini – sumpah dengan cara Islam - telah dilihat umum sebagai satu alat politik. Penganut yang bukan Islam pastilah hairan melihat ‘cara perundangan Islam’. Malah bukan sahaja mereka hairan tetapi melihat ‘ perundangan Islam’ ini sebagai ‘pembicaraan salah/benar’ yang tidak masuk akal.

Kalau dikaji maka akan kita temui bahawa semua ini adalah tanda-tanda perubahan Ketuanan Melayu yang di war warkan oleh Gerombolan United Malays National Organisation sedang beralih warna untuk dijadikan Ketuanan Islam.

Mungkin dalam masa yang tidak lama maka akan timbul hegemoni Islam dimana apa sahaja yang di anggap musuh politik kepada gerombolan United Malays National Organisation akan dianggap sebagai musuh Islam.

Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu. Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation.

Umat Melayu telah diperbodoh-bodohkan sehingga ramai diantara mereka tidak lagi memiliki kudrat dan iradat untuk menggunakan akal fikiran. Otak yang bonsai lagi beku ini hanya sanggup menerima apa sahaja tanpa dilihat secara kritikal.

Bonsai akal dan fikiran ini telah merebak bagitu meluas sekali. Hari ini ada yang mengakui diri sebagai ‘alim ulamak’ yang telah meMelayukan Islam berpendapat bahawa agama tidak boleh dikaji dengan pengunaan akal. Lihatlah betapa merosotnya pandangan Islam yang telah di Melayukan.

Mereka ini sengaja melupakan betapa pentingnya ilmu pengetahun yang berasaskan akal fikrah dalam Islam. Tanpa akal fikrah tidak mungkin manusia wujud seperti manusia wujud di hari ini.

Kenapa semua ini berlaku?

Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.

Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.

Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng. Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’ - hanyalah kata-kata pembuka tirai.

Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam. (isham)
Posted by Tukar Tiub at 9/06/2008 05:52:00 AM
Labels: agama, islam, Ketuanan Melayu, Nordin Kardi