GERAKAN : APA TUNGGU LAGI TINGGALKAN BN SEGERA ~ Ref Malaysiakini

Apa di tunggu lagi!!!!! Gerakan semesti keluar segera dari BN kerana jelas Umno tidak lagi menghormati persahabatan dan setiakawan dengan Gerakan. Bukan sahaja Gerakan, MCA juga sepatutnya turut sama keluar. Jangan tunggu lama-lama nanti kena pijak kepala.

Malah semalam Umno terus membuat provokasi kepada Gerakan apabila penyokong Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN. Ini bermakna Koh Tsu Kon sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang sudah tidak dihormati lagi. Maka tidak ada gunanya menjalinkan perhubungan dengan Umno di dalam BN. Lebih baik keluar dari BN dan membina dunia politik baru.

Tindakan Gerakan memutuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang dilihat tidak cukup kerana ianya merupakan tindakan yang tidak akan memberikan apa-apa kesan disebabkan tindakan itu dilihat langsung tidak memberikan kesedaran kepada Umno untuk memperbaiki kesalahan dan kebongkakan mereka.

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Menurut Dr Koh, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

AYUH GERAKAN TUNGGU APA LAGI. BN SUDAH MAHU KARAM. INILAH MASANYA UNTUK MENCARI PERAHU BARU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN

Comments

Hi semua,

Parti KTK telah memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang. MCA juga telah membuat demikian dengan Bahagian Bkt Bendera UMNO dan mengugut untuk membuat sedemikian dengan lain-lain Bahagian jika bahagian lain meneruskan perangai mereka!

KTK adalah pengerusi Perhubungan Negeri BN. Nampaknya BN Pulau Pinang tidak ujud lagi - lebih baik BN Pulau Pinang 'dibubarkan'!

Rakyat Malaysia ingin tahu apakah bakal tindakan UMNO terhadap 'samseng politik' dari Bkt Bendera ini!
Nostradamus said…
Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
-------------------------------

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com
Aapai said…
apadi tunggu lagi belah sahajalah,akan datang pru13 ketua menteri pulau pinang akan jadi hak orang melayu...hidup melayu..hunuskan keris mu jikalau boleh radak sekali biar dia rasa..malaysia hak orang melayu.