GERAKAN AKAN TINGGALKAN BN? ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin salah satu parti komponen BN yang terbesar iaitu Gerakan akan menuruti jejak Parti Maju Sabah (SAPP) keluar dari gabungan tersebut sedikit masa lagi.

Spekulasi ini akan benar-benar menjadi kenyataan lebih-lebih Pemangku Presidennya sendiri sudahpun mengeluarkan beberapa kali kenyataan yang menjuruskan kepada tindakan tersebut.

Semalam sekali lagi Dr Koh Tsu Kon membuat kenyataan yang berani dan tepat tersebut.

Beliau berkata Gerakan kini dalam proses mendapatkan maklum balas mengenai pandangan anggotanya berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Parti itu tidak akan menetapkan tempoh tertentu untuk membuat sebarang keputusan tentang kedudukannya dalam BN.

Menurutnya Gerakan tidak menetapkan satu tarikh malah ia mungkin lebih awal dan mungkin lebih lewat

Beliau berkata demikian dipetik dari laporan Bernama selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Pulau Pinang di Pulau Pinang semalam.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti antaranya sama ada anggota parti masih menyokong BN, adakah Gerakan akan terus bersama BN dan jika Gerakan keluar BN adakah anggota parti akan terus menyokong Gerakan jika parti meninggalkan BN.

Dalam pada itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai meminta parti itu supaya melihat senario politik semasa secara lebih meluas dan tidak terburuburu mengambil keputusan untuk meninggalkan BN, walaupun beberapa pemimpin masyarakat Cina berkecenderungan untuk berfikir ke arah itu.

Beliau berkata, parti komponen kedua terbesar dalam BN itu tidak seharusnya terfikir untuk meninggalkan gabungan itu semata-mata kerana ingin meninggalkannya atau kerana anggotanya marah kepada seorang dua individu yang ada dalam BN, tetapi sebaliknya perlu melihat kepada kesan jangka panjang jika mereka berbuat demikian.

Sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia, memerlukan percampuran bagi mewujudkan suasana aman untuk setiap orang.

Saya mengharapkan Gerakan tidak usah tunggu lama-lama dalam membuat keputusan ini kerana BN sendiri akan berkubur tidak lama lagi disebabkan parti terasnya iaitu Umno sudah semakin lemah dan akan hancur bila-bila masa sahaja. Malah saya yakin jika PR dapat memerintah Malaysia dalam jangkamasa terdekat Umno akan terus berkubur kerana selama inipun Umno banyak bergantung kepada kekuatan jentera kerajaan untuk hidup.

Comments