'FEEDBACK' TENTANG PERJUMPAAN ANWAR-PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini saya postkan komen dari K-One tentang pertemuan Anwar-Pak Lah ....

Perbezaan yang nyata antara puak-puak yang bermuzakarah dengan UMNO dahulu dan Anwar dengan Pak Lah sekarang ialah , Anwar sebelum berjumpa Pak Lah beliau memaklumkan terlebih dahulu kepada semua, bukan senyap-senyap.

Kedua perihal perjumpaan ini, Anwar mengatakan beliau berjumpa susulan daripada tindakan ISA yang di ambil oleh kerajaan kepada induvidu-individu termasuk Ahli Parlimen.

Seterusnya, dalam perbincangan degan Pak Lah , mungkin juga Anwar mengambil peluang untuk menasihati Pak Lah tentang kerosakan dan kebrobokan yang berlaku kesan dari tindakan-tindakan salah yang telah di ambil kerajaan selepas tsunami pilihanraya lalu sehingga ke hari ini lalu mungkin beliau juga akan mengajak Pak Lah untuk berhijrah ke dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya kalau pun ini yang berlaku ia adalah langkah positif kerana kita tidak perlu untuk melompat masuk ke dalam kumpulan yang kita sedia maklum gagal memerintah sebaliknya kita mengajak mereka berada dalam kumpulan kita . Terpulang kepada Pak Lah, andai dia tidak mahu mengikut palawaan kita ke arah kebaikan, dia juga perlu ingat akan pemuka-pemuka UMNO yang sekarang jelas ingin mencincang diri beliau.

Andai kata saya di pihak Pak Lah, saya akan mengambil langkah untuk menerima pelawaaan Anwar ke arah kebaikan (masuk Pakatan Rakyat). Ya, memang saya juga mungkin akan d cincang dlm pakatan tetapi ia lebih baik dari mengalami nasib yang lebih buruk jika kekal bersama UMNO . Kekal bersama UMNO pastinya bukan sahaja akan dicincang, tetapi saya juga akan terus membiarkan negara ini dijahanam dan di rosakkan.

k-one

Comments