BEDILAN MERIAM DR M KEPADA PAK LAH TERUS BERGEMA, PAK LAH TAK LENA TIDUR ~ Ref Malaysiakini

Dr Mahathir terus membedil Pak Lah. Walaupun bedilan itu mungkin tidak mengena sasaran tetapi dentuman dan gemanya sudah cukup membuatkan Pak Lah tidak lena tidur.

Di bawah ini saya nyatakan peluru-peluru yang Dr Mahathir gunakan untuk membedil Pak Lah :-

1) Amalan korup para pemimpin Umno terutama pemimpin tertinginya menjadi faktor yang menyebabkan rakyat begitu marah dan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
2) penglibatan pemimpin hari ini dengan rasuah
3) sokongannya kepada perniagaan anaknya,
4) kuasa yang diberikannya kepada menantunya,
5) perangai suka tidurnya yang diketahui umum,
6) sifat ragu-ragu untuk membuat keputusan,
7) ketidakmampuan menangani masalah,
8) penarikan balik subsidi secara tiba-tiba,
9) pembatalan jambatan ke Singapura,
10)pembaziran wang sebanyak RM800 juta untuk pembinaan Kompleks Kastam,
11)Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang tidak digunakan di Johor Bahru,
12)pembatalan landasan keretapi berkembar elektrik,
13)Monsoon Cup
14)kenaikan kos hidup,
15)peluang perniagaan yang begitu sedikit dan sudah tentu,
16)perangai keluarga Perdana Menteri


Selain dari 16 peluruh di atas banyak lagi peluru-peluru yang digunakan Dr Mahathir.

Jelas sekali peluru-peluru ini sering diulang-ulang oleh Dr Mahathir untuk mendesak Pak Lah berhenti dengan segera.

Comments

cucupakkasim said…
di beritakan juga bahawa kehidupan mereka sekeluarga dengan function yang ala-ala rich & famous di putrajaya..