BEBERAPA PILIHAN/STEP UNTUK TUKAR KERAJAAN ~ Ref Malaysiakini

Saya catatkan di sini beberapa pilihan untuk PR mengambilalih kerajaan persekutuan dari BN.

Syarat utama atau Step pertama ialah mempunyai majoriti mudah iaitu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 orang ahli parlimen BN menyertai PR menjadikan jumlah Ahli Parlimen PR 112 dan BN 110.

Jika ini diperolehi PR (sudah diperolehi) boleh bergerak ke step kedua.

1) Berjumpa Pak Lah dan membuktikan kepada Pak Lah PR sudah ada 112 Ahli Parlimen dan meminta Pak Lah menasihati Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong melantik Perdana Menteri baru dan sebelum itu Pak Lah meletakkan jawatan.

Jika Pak Lah enggan berbuat demikian (meletakkan jawatan dan menasihat Agong melantik PM baru) maka PR mempunyai pilihan kedua iaitu meminta Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil sidang tergempar parlimen. Sidang ini boleh dipanggil atas budi bicara Speaker dengan permintaan beberapa orang ahli parlimen (kalau tidak silap 20 orang ahli parlimen sudah mencukupi).

2) Pada Sidang Parlimen ini, ahli-ahli parlimen boleh membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan BN. Maka kerajaan BN akan tumbang dan Seri Paduka boleh melantik Perdana Menteri baru dan kerajaan baru.

Saya mengharap para tetamu boleh membetulkan fakta dan cadangan saya ini jika ianya salah.

Fakta Angka : Kedudukan Kerusi Parlimen Sekarang.

Barisan Nasional = 140 kerusi

Ahli Parlimen Islam = 89 orang
Ahli Parlimen Bukan Islam = 51 orang


Pakatan Rakyat = 82 kerusi

Ahli Parlimen Islam = 43 orang
Ahli Parlimen Bukan Islam = 39 orang

Comments