BAU BUSUK PENDUDUK KESAL ~ Ref Malaysiakini

Durian Tunggal : Penduduk Kampung Gangsa, Taman Angkasa Nuri dan taman-taman sekitarnya sudah 12 tahun menghidu bau busuk sejak pembukaan Tapak Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Krubong. Tapak tersebut yang dibuka pada tahun 1996 dikatakan akan dipindahkan ke suatu tempat baru selepas pembinaan Insinerator Moden di Sungai Udang siap. Namun sehingga kini ianya masih tidak menjadi kenyataan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam temuramah dengan sebuah Stesyen TV minggu lalu menyalahkan kelewatan Pihak Kementerian Alam Sekitar sebagai punca kelewatan membina insinerator moden di Sungai Udang bagi menggantikan tapak sedia ada. Malang sekali apabila kerajaan BN terus menyalahkan pihak kementerian sedangkan punca sebenar isu ini terjadi ialah kesilapan dan kerajaan yang membina pusat pelupusan sampah berhampiran dengan kawasan kampung dan taman perumahan.

Pada ketika itu, kawasan di sekitarnya sudah wujud taman perumahan dan kampung tradisional yang hanya kira-kira 1 Kilometer dari tapak berkenaan. Apa yang menghairankan mengapa kerajaan negeri meluluskan tapak tersebut sedangkan kesannya sudah diketahui bahawa akan menyebabkan ketenteraman penduduk di sekitarnya akan terganggu dengan bau busuk.

Seorang penduduk Taman Angkasa Nuri, Khairuddin Ismail, 35 berkata sikap kerajaan negeri yang seolah –olah menyalahkan pihak lain dalam isu ini adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Sepatutnya pihak kerajaan negeri perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang berlaku bukannya menyalahkan pihak lain dalam kelambatan pembinaan Insinerator di Sungai Undang tersebut".

"Kami penduduk di taman ini seringkali terganggu dengan bau yang busuk terutama semasa angin bertiup dari arah tapak pelupusan sampah ke tersebut ke kawasan taman kami" kata beliau yang sudah 5 tahun di tinggal di taman tersebut.

Seorang rakan beliau, Amat Alang, 40 juga menyatakan kekesalan dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri yang jelas hanya pandai bercakap tetapi gagal dalam pelaksanaan kerja.

"Sudah berapa kali mereka berjanji untuk menutup tapak pelupusan sampah tersebut tetapi sampai sekarang ianya masih beroperasi, sampai bila kami ingin menghidu bau busuk ini"

"Saya lihat dalam akhbar Ketua Menteri semasa melawat kawasan tapak sampah pun menutup hidung dan mulutnya, adakah beliau mahu kami tutup hidung dan mulut 24 jam" kata Amat dengan serius.

Sumber : Angkasanuri

Comments

Z said…
NAK BUAT INCINERATOR? MAHAL TU.... KAT BROGA TU PUN TAK LEPAS. PENDUDUK BANTAH.
TAPAK KAT SITU DAH PENUH... 1000 TAN SAMPAH MASUK SEHARI. SETIAP SAMPAH KENA TUTUP NGAN TANAH MERAH 1 KAKI.
KLU BETUL2 IKUT SPEC CAMTU... LAMA DAH PENUH.
Anonymous said…
at pengetahuan semua...
tapak pelupusan kat sungai udang akan di buat secara SANITARI iaitu jenis kambus bukan menggunakan kaedah incenerator..
tapaknya akan dibina bersebelahan dengan Taman Indah kot iaitu berhampiran dengan penjara sungai udang..
projek EIA sudah pon dijalankan dan laporan EIA dalam proses.