BAGAIMANA RUPA KABINET BAYANGAN PR ? - Ref Malaysiakini

Rakyat mula mencongak siapakah antara ahli parlimen yang akan dilantik menjadi anggota kabinet Pakatan Rakyat (PR) andaikata PR ditabalkan menjadi kerajaan dalam masa terdekat.

Rata-rata pemimpin tertinggi PR dan rakyat menerima Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang sebagai Perdana Menteri Keenam menggantikan Perdana Menteri terakhir BN, Abdullah Ahmad Badawi. Ini mungkin tidak menjadi khilaf lagi. Khabarnya PAS boleh menerima Anwar, begitu juga dengan DAP, sementelah lagi PKR sudah tentu tidak menerimanya dengan gembira.

Persoalaannya kini bagaimana corak kabinet kerajaan menanti ini. Adakah berlaku rombakan besar-besaran dari segi struktut organisasinya, pengurangan atau penambahan kementerian, pemansuhan kementerian, pengujudan kementerian baru dan lain-lain.

Sudah pasti rasanya PR akan mencantas beberapa kementerian yang dilihat 'overlap', tiada fungsi yang jelas dan membazir kerana kabinet BN jelas mempunyai bilangan kementerian yang tidak munasabah dan membazir.

Bagi saya rakyat tidak berapa berminat untuk mengetahui struktur kabinet. Apa amat ditunggu-tunggu mereka siapa dan kementerian apa yang dipegang oleh individu tersebut. Siapa yang dibawa masuk menganggotai kabinet sebagai senator dan sebagainya.

Siapa agaknya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan adakah akan diujudkan 2 atau 3 kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk memegang porfolio-portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Pelajaran (pendidikan), Dalam Negeri, Perdagangan & Perindustrian dan Menteri Luar.

Saya yakin pimpinan tertinggi PR sudah mempunyai kabinet bayangan kerajaan menunggu ini. Sesungguhnya saf kabinet bayangan ini amat penting untuk memberikan keyakinan kepada rakyat dan pelabur luar. Ianya sangat penting untuk menjaminkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Saya kira beberapa nama sudah pasti akan membarisi kabinet ini antaranya Anwar sendiri, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nasharuddin Mat Isa, Chong Eng, Azmin Ali dan lain-lain pimpinan utama parti-parti komponen PR.

Apa yang penting ketiga-tiga parti mesti mencapai kata sepakat untuk membentuk kabinet bagi memberikan keyakinan kepada rakyat dan negara luar bahawa PR adalah lebih baik dan mantap berbanding BN yang jelas gagal mentadbir negara sebelum ini.

Comments