ANGKAT BAKUL LAGI : PAK LAH KATA BN TETAP UTUH ~ Ref Malaysiakini

Memang menjadi amalan pemimpin Islam Hadhari ini iaitu syok sendiri, apabila semalam menyatakan bahawa BN tetap utuh dan padu tidak ada sebarang masalah. Mursyidul Am Islam Hadhari tersebut menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) kini berpecah-belah dan berada di ambang kehancuran.

Perdana Menteri turut menggariskan beberapa strategi untuk mengubah serta memulihkan BN, termasuklah usaha menggerakkan jentera penerangan mengenai kegiatan parti serta dasar-dasar kerajaan. Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di PWTC selepas mesyuarat BN semalam.

Beliau berkata, kegiatan parti perlu dijalankan secara bersama dan bukan membiarkan parti-parti komponen melaksanakannya secara bersendirian.

Perdana Menteri turut menggariskan beberapa strategi untuk mengubah serta memulihkan BN, termasuklah usaha menggerakkan jentera penerangan mengenai kegiatan parti serta dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata, kegiatan parti perlu dijalankan secara bersama dan bukan membiarkan parti-parti komponen melaksanakannya secara bersendirian.

Pak Lah cuba memperbodohkan rakyat dengan berkata BN tiada masalah sedangkan satu dunia tahu betapa marahnya MCA dan Gerakan kepada UMno sehingga timbul suara-suara supaya kedua-dua parti tersebut keluar dari BN. Ianya keluar dari mulut Pemangku Presiden Gerakan sendiri bukannya dari ahli di jalanan. Manakala Pemuda MCA Perak juga membuat gesaan yang sama. Perkembangan ini merupakan suatu yang paing serius kerana sebelum boleh dikatakan ungkapan-ungkapan seperti ini tidak pernah keluar dari pemimpin utama parti-parti komponen BN.

Sekali lagi Pak Lah berbohong kepada rakyat. Kita hairan mengapa Pak Lah tidak mahu bercakap benar sedangkan tidak ada ruginya beliau bercakap benar. Inilah sikap dan perangai pemimpin yang diamanahkan oleh orang Umno untuk memimpin negara. Alamatnya jika beliau terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan 3 beranak ini maka lambat laun negara bertambah hancur. Oleh itu kepada orang Umno oleh kerana Umno masih memerintah Malaysia, saya cadangkan tuan-puan dari kalangan ahli Umno supaya mencalon dan memilih orang lain untuk menjadi Presiden Umno dan seterusnya Presiden baru kamu itu dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah yang lemah ini demi untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Comments