AHMAD ISMAIL YANG HASUT, SEMUA ORANG KENA AMARAN ~ Ref Malaysiakini

Isunya ialah kenyataan celupar Ahmad Ismail terhadap bangsa Cina, tetapi yang kena amaran ialah semua rakyat Malaysia. Itulah sifat dan sikap pemimpin Umno yang tidak pernah mengakui kesalahan sendiri dan anak buahnya. Inilah sebenar sikap yang menyebabkan orang Melayu semakin mundur dan tertinggal ke belakang kerana tidak pernah mengakui kesalahan dan membuat pembetulan terhadap kesalahan tersebut.

Sikap ini ditunjukkan sekali lagi oleh Imam Hadhari Pak Lah Badawi semalam apabila bukannya memberi amaran kepada Ahmad Ismail, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera tetapi me'warning' semua rakyat Malaysia. Sikap ego dan tidak mahu merendah diri dan mengakui kesalahan ini memang menjadi tradisi Umno walau dalam apa juga kesalahan samada dari segi percakapan maupun tindakan.

Pak Lah semalam memberi amaran dengan mengingatkan semua pihak termasuk media supaya tidak menggembar-gembur dan mensensasikan sesuatu isu sehinggga menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang hati antara kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing untuk mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.

"Penting kita mengawasi diri. Ini saya tujukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, media, blog, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat khabar supaya tidak membuat pemberitaan yang menimbulkan rasa marah.

"Ini tidak membawa kebaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di Kepala Batas hari ini, demikian menurut laporan Bernama,

Abdullah mengulas mengenai kenyataan yang didakwa berbau hasutan yang dibuat ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

"Beliau (Ahmad) melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

Jika pemimpin Umno yang menjadi pemimpin negara kita berubah dari sifat negatif ini sampai bila negara kita akan maju dan setanding dengan negara maju lain. Sifat ini jugalah yang menyebabkan Pak Lah yang diakui lembap, lemah, lembik dan gagal mentadbir negara tidak mengakui semua kelemahannya dan terus juga mahu menjadi Perdana Menteri walaupun sudah tidak mendapat sokongan dari dalam BN dan luar BN.

Comments

Unknown said…
i was suprise that why suddenly badawi stand by Ahmad Ismail 100% and totally deny the other story besides Ahmad ismail? and to make the thing worst, Badawi seems blame on others ( media, society..etc) except Ahmad Ismail. This warning sure will not welcomed by rakyat because sounds "berat sebelah" and i beleive all Malaysian know what Ahmad Ismail's remark is and it's meaning inside. His acting now is just "bagai menegakkan benang yang basah". If He really does not mean it, at least he can say sorry for his "unclear" and "easily mis-intepreted" remark. He has to because when we utter such remark regarding religious and races matter, we ought to be extra careful and well-explained, not to hurts our Malaysian friends.

oh, why Ahmad Ismail demand the reporter to apologize to Muslim and Malay as i didn't see the reported insult or even ever touch on Muslim and Malay issue? Now, you know Ahamd Ismail is using Malay and Muslim as firewall and steppin stone for his political interest. Please do not used by him as he is kaya-raya, but how about you which is still strive for living.zdq