30 OGOS ~ 2 SEPTEMBER, ANWAR SEMAKIN SIBUK MAHU REALISASIKAN KERAJAAN BARU 16 RAMADHAN ~ Ref Malaysiakini

Bermula 30 Ogos sehingga esok Anwar semakin sibuk dalam usaha beliau merealisasikan cita-cita beliau membentuk kerajaan baru.

30 Ogos - Beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

2 September - Anwar dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching.

Begitulah sibuknya Anwar ke sana ke mari demi untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman kerajaan BN yang zalim, angkuh dan jijik dipenuhi dengan rasuah. Kita mendoakan usaha murni Anwar ini akan dimakbulkan Allah sempena hari baik dan bulan baik ini.

Dalam kesibukan Anwar bertemu dan mengatur stategi beliau untuk menubuhkan kerajaan baru, nun sana terdapat begitu ramai insan yang dengki dan hasad kepada beliau yang mungkin sedang merangka pelbagai perancangan dan konspirasi untuk menggagalkan hasrat beliau. Malah mereka ini sanggup menjalankan konspirasi yang jahat dan melampau yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Namun Anwar tetap komited meneruskan perjuangan beliau untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu semalam, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

"Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

"Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Sumber : Mstar

Comments

mek chabang4 said…
mek tengah buat countdown,orang bachang dan kg padang semua dah tahu.