ULASAN MENARIK PROF HAMIRDIN : PERLU DIRENUNGI Ref Malaysiakini

Dari Blog Prof Hamirdin Ithnin,

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya dengan anda, betul ke anda 'reti' membaca surat khabar? Saya kata sedemikian kerana apa yang ditulis dalam akhbar itu, bukan semestinya apa yang disuratkan, tetapi yang lebih penting, apa yang disiratkan.

Saya ambil contoh akhbar hari ini (dua hari lepas) 2 Ogos 2008.

Akhbar kata: Minyak ikut pasaran * Harga diselaras setiap 1 haribulan * Subsidi kekal 30 sen seliter.
Ulasan Prof : Dia tak akan ikut pasaran, sebab dia akan ikut perasaan.

Akhbar kata : “Kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,”
Ulasan Prof : Tahun ni tak naik, tahun depan?

Akhbar kata : Malaysia tidak alami kemelesetan
Ulasan Prof : Itu adalah isyarat bahawa Malaysia sedang mengalami kemelesatan.
Walaupun ada beberapa sektor mengalami penyusutan tetapi ia dapat diimbangi sektor-sektor lain yang mencatatkan pertumbuhan yang baik. Ia menguatkan lagi isyarat tadi.

Akhbar kata : “Dengan perkembangan positif ini, saya amat yakin Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini dan 2009,”
Ulasan Prof : kan dah kata, apa yang dia cakap dah mula menunjukkan perkara sebenar.

Akhbar kata : Bagaimanapun, beliau mengakui Malaysia menghadapi cabaran besar untuk mencatatkan bajet defisit sebanyak 3.1 peratus pada 2009.
Ulasan Prof : Kan ke dah meleset tu!

Akhbar kata : BN tidak gentar - Abdullah
Ulasan Prof : Tu tanda dia gentar.

Akhbar kata : ''Apa ingat kami takut ke? Kita tidak akan beri dia kemenangan percuma tanpa pertandingan dan mesti ada calon daripada BN yang akan bertanding di kawasan itu," katanya. Ulasan Prof : Tu confirm dia gentar.

Akhbar kata : Pemuda UMNO sokong siapa juga jadi calon - Khairy.
Ulasan Prof : Ye la tu, bila tak kena dihati nanti, mereka bergaduhlah.

Dan banyak lagi. Cuma anda kena baca apa yang sebenarnya tersirat. Mereka ini jenis otak tergeliat, yang ditulis hanya untuk menyolek apa yang berulat.
Nota : Tulisan ini saya olah sedikit untuk memudahkan anda membacanya.

Comments