TANDING NAIB PRESIDEN : MUHYIDDIN PENAKUT, KECEWAKAN PENYOKONG ~ Ref Malaysiakini

Akhirnya Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya yang disandangnya sekarang. Pengumuman beliau ini menamatkan spekulasi bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden.

Nampaknya Muhyiddin bukanlah pemimpin yang berani dan berjiwa besar. Beliau juga jelas mengecewakan penyokongnya yang bersepakat mahukan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno setelah menjadi Naib Presiden selama beberapa penggal.

Sebenarnya pemilihan kali ini merupakan peluang terbaik untuk Muhyiddin merampas jawatan Timbalan Presiden kerana selepas ini jika pelan peralihan kuasa Umno menjadi kenyataan sudah tentu Najib yang akan menjadi Pemangku Presiden tidak akan memilih Muhyiddin untuk menjadi Pemangku Timbalan Presiden. Ini kerana Najib sudah tentu merasakan Muhyiddin mungkin mengancam kedudukannya sebagai Presiden jika beliau memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Saya menjangkakan Najib akan memilih Hishamuddin, sepupunya untuk menjadi Pemangku Timbalan Presiden. Sudah menjadi resam Umno Presiden akan memilih Naib Presiden yang paling lemah untuk menjadi timbalannya.

Jadi keputusan Muhyiddin untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini adalah tindakan yang silap dan merugikan karier politiknya. Namun Muhyiddin masih mempunyai masa untuk mengubah pendiriannya kerana persidangan atau mesyuarat agung Umno bahagian masih belum bermula. Fikirkanlah Muhyiddin semasak-masaknya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Hari ini Muhyiddin membuat kenyataan untuk menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran untuk menjamin keutuhan parti selain menghormati pelan peralihan kepimpinan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT).

"Saya sedar ada kemungkinan bahawa keputusan saya mengecewakan sesetengah pihak dan ahli di beberapa peringkat, namun ingin saya tekankan bahawa setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan suara serta sokongan mereka akan sentiasa saya hormati dan hargai,’’ katanya.

Comments

Unknown said…
bijak si muhyiddin. jika tidak, polis akan tangkapnya serta merta dengan tuduhan liwat jaganya.
TukunNegara said…
Muhyidin akan dituduh bersubahat meliwat altantuya berdasarkan akuan bersumpah seorang lelaki bernama Bencanasubramaniam .

http://tukunnegara.blogspot.com