SAMBUTAN KEMERDEKAAN DISAMBUT DI TENGAH PENDERITAAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Sambutan perayaan kemerdekaan kali ke 51 hari ini diraikan pada ketika dan saat rakyat menghadapi kemelut untuk hidup sejahtera disebabkan kenaikan harga minyak dan barangan. Walaupun wajah-wajah menteri menampakkan keceriaan ketika menyambutnya sebentar tadi hakikatnya nun di sana berapa ramai yang merintih, menangis dan tersedu sedan mengenang keperitan dan kepayahan hidup mereka.

Ada anak isteri yang dipisahkan dari ayah mereka lebih bertahun-tahun kerana tindakan kerajaan Dacing Senget yang menahan mereka di bawah ISA tanpa dibuktikan bersalah. Ada rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di saat menteri dan penguasa tersengih menyambut merdeka mereka berduka dan tidak dapat mengecapi erti kemerdekaan sebenar dek kerana orang yang melaungkan kemerdekaan itu telah merampas kemerdekaan dan kebahagian keluarga mereka.

Di saat menteri dan penguasa bermewah-mewah sehingga nombor plat kereta pun berharga ribuan ringgit masih ramai rakyat yang makan nasi sehari sekali atau seminggu sekali.

Kerajaan dan pemerintah seperti ini tidak layak untuk digelar pemerintah atau kerajaan dalam erti kata sebenar. Sewajarnya mereka ini di'turun'kan dengan kuasa rakyat atau makkal sakhti melalui pilihanraya umum akan datang atau juga Ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat insaf dan bertindak keluar parti dacing senget dan menyertai Pakatan Rakyat demi untuk membela rakyat.

Apa ertinya kemerdekaan kepada mereka yang susah ini. Kemerdekaan hanyalah memberi erti kepada pemerintah yang kaya raya dan mereka yang senang lenang di atas kepayahan dan kejerihan orang lain.

Comments

buluh kasap said…
merdeka atau merduka,
merduka minyak naik
merduka barang naik
merduka segala-galanya naik
merduka angin dah naik
merdeka sebab dapat bonus sebulan gaji.