RAMADHAN SEPATUTNYA MENGINSAFKAN KITA SEMUA ~ Ref Malaysiakini

Ramadhan Al Mubaraq datang lagi buat kesekian kalinya. Persoalannya adakah kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan keinsafan kepada kita semua samada sebagai rakyat atau pemerintah.

Ramadhan yang mentarbiah kita semua supaya menginsafi bahawa betapa perit dan jerih fakir miskin menahan lapar dan dahaga lantaran tiada makanan untuk dimakan seharusnya menyedarkan kita bahawa kita semua harus bersyukur dengan nikmat Allah dan mesti membantu golongan yang tidak bernasib baik ini.

Jika kita sebagai rakyat kita mesti sensitif dengan masyrakat dan jiran sekeliling kita. Masih adakah lagi jiran dan tetangga kita yang susah perlu ditolong dan dibantu. Jika kita pihak pemerintah atau kerajaan kita semestinya mengkaji bagaimana untuk menolong orang yang susah ini. Bukannya menekan mereka dengan menaikkan lagi harga minyak dan membiarkan harga barangan keperluan melambung tinggi. Mungkin kita di puncak kuasa tidak merasai kepayahan rakyat miskin tetapi sempena Ramadhan kita sebagai penguasa mesti insaf dan berusaha untuk membetulkan keadaan.

Jika kita seorang yang berkuasa jadikan Ramadhan sebagai bulan untuk kita berfikir secara waras dan tenang. Jangan ikutkan nafsu dan ketakutan kita kepada manusia lain sehingga tunduk mengikut kemahuan kuasa dunia kuffar dan menahan tanpa bukti rakyat kita sendiri. Sehingga ada yang merengkok di dalam penjara lebih dari 6 tahun. Kasih sayang anak dan isteri direnggot oleh kita. Insaflah takutlah kepada doa orang yang kena zalim. Bebaskan tahanan ISA ini serta merta.

Mari sama-sama kita berdoa agar segala kezaliman yang telah kita buat kepada rakyat diampunkan oleh Allah dan dimaafkan oleh mereka.

Jadikan Madrasah Ramadhan sebagai permulaan untuk kita memulakan hidup baru. Kalau ada harta rakyat yang kita rampas kita pulangkan. Kalau ada kezaliman yang kita buat kita minta ampun dan maaf. Kalau ada kesombongan dan keangkuhan kita buangkan.

Selamat Berpuasa.

Comments

Nostradamus said…
Aku menangis pada Hari Merdeka.
(I am Crying on Merdeka (Independence) Day.)

1. Aku menangis kerana rakyat Malaysia telah hilang kegembiraan dan perasaan terhadap masa hadapan negara yang diimpiankan dan tidak seperti semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!”.

(I cry because Malaysians have lost the joy and hope of a future Malaysia as wished for unlike the times when the late Tunku Abdul Rahman shouted "Merdeka". )

2. Aku menanggis memikirkan ada rakyat Malaysia sendiri yang bercakap, berfikir dan bertindak memecahbelahkan rakyat dengan penuh perasaan perkauman dan keagamaan masing-masing tampa ada perasaan kebangsaan dan kesahabatan.

(I cry thinking of some Malaysians who talk, think and act to divide the citizens with their own racists and religious thoughts without a care for nationalism and friendships.)

3. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan sendiri dari negara apabila timbul isu-isu parti, jawatan, habuan, kuasa, kawan, kesahabatan dan keadilan.

(I cry thinking of some Malaysians who care more of themselves rather than the Nation when it comes to issues of party, posts, rewards, power, friends, relationship and fairness.)

4. Aku menangis memikirkan ada rakyat dan keluarga mereka yang masih belum mendapat keadilan sewaktu dipenjarakan, ditindas, dirompak, diugut, didiskriminasikan dan tidak juga dibenarkan bersuara.

(I cry thinking of some citizens and their families who have not obtain justice while being imprisoned, oppressed, robbed, threatened, discriminated and not even allowed the freedom of speech.)

5. Aku menangis memirkirkan ada rakyat Malaysia yang masih hidup Kias Pagi, Makan Pagi; Kias Petang Makan Petang walaupun Malaysia sudah 51 tahun merdeka.

(I cry thinking there are still Malaysians who still live from Hand to Mouth everyday, even though Malaysia has already achieved 51 years of Independence.)

"Selamat Menyambut Hari Ramadhan"


Posted at http://patek1472.wordpress.com