PTG PAUH : 'TAHANAN' LAWAN 'ORANG BEBAS', SIAPA MENANG? - Ref Malaysiakini

Mungkinkah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan mencatatkan satu lagi sejarah dalam landskap politik negara. Apakah dia sejarah itu? Tahanan yang dipenjarakan lawan orang bebas?

Walaupun sebelum ini sudah ada tahanan masuk pilihanraya lawan orang bebas tetapi kali ini ianya agak berlainan kerana ramai mendakwa tahanan yang satu ini adalah tahanan politik yang ditangkap dan dituduh dengan perancangan rapi pihak tertentu.
Semua fakta ini akan menjadi kenyataan andainya Penasihat PKR Anwar Ibrahim ditangkap sehari dua atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar yang sejak dari awal laporan Polis terhadap tuduhan liwat, sentiasa komited untuk bertanding dalam pilihanraya kecil walau apapun yang berlaku. Ini kerana undang-undang negara membenarkan tahanan bertanding dalam pilihanraya. Jika tahanan itu menang dan dijatuhkan hukuman kemudiannya, maka kedudukannya sebagai wakil rakyat akan terlucut jika hukuman yang dikenakan kepadanya melebihi amaun denda dan jangkamasa tertentu beliau ditahan di dalam penjara.
Namun semua ini samada amaran beliau akan ditahan atau akan dijatuhkan hukuman yang menyebabkan jawatan YB dilucutkan, tidak melemahkan semangat Anwar.

Beliau dilaporkan bertegas akan meneruskan pertandingan pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh walaupun beliau akan ditangkap polis.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, lapor Bernama.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. "Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Tambahnya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim-Bandar Baharu masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.

Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di kerusi parlimen itu dengan meletakkan jawatannya kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut berucap pada majlis itu.
Menurut agensi berita itu lagi, majlis ceramah itu pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh. Rabu ini, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan menetapkan tempoh berkempen dan mengundi bagi kawasan itu.

Comments