PMTG PAUH : UMNO TERIMA DENGAN HATI TERBUKA SETELAH MEMFITNAH, MENIPU DAN MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT KETIKA BERKEMPEN ~ Ref Malaysiakini

Setelah menggunakan segala harta 'meredak' rakyat serta menggunakan media dan pentas ceramah memfitnah, mencerca dan menuduh Dato' Seri Anwar semasa tempoh kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pemimpin Umno tanpa rasa segan silu tampil menyatakan mereka menerima kekalahan dengan hati terbuka. Dasar muka tembok dan otak udang memang tak pernah nak insaf.

Di saat segelintir pemimpin mereka meminta maaf sesetengah yang lain menuduh penyokong pembangkang dengan macam-macam tuduhan. Ganas, kasar, tidak akhlaq dan sebagainya.Namun rakyat sudah boleh menilai siapa sebenarnya yang bersifat buruk dan siapa yang baik. Sebab rakyat faham dan masak dengan perangai pemimpin Umno. Apa yang mereka kata kepada orang lain itulah sebenarnya yang mereka lakukan.

Semalam ketika menerima berita kekalahan BN. Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Abdul Rashid Abdullah berkata BN dan Umno negeri menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang.

Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu.

"Bagi BN dan Umno, kami telah berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan serta keyakinan pengundi tetapi nampaknya takdir telah menentukan begitu dan kita terimalah apa yang telah ditakdirkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan berkata BN perlu mengadakan post-mortem untuk mengenalpasti punca kekalahan parti itu buat kali keempat di Parlimen Permatang Pauh."BN perlu menstruktur semula mekanisme tindakannya supaya parti itu tidak kehilangan sokongan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MIC Permatang Pauh P.K.Subbaiyah berkata penduduk di Permatang Pauh berharap Anwar akan mengotakan janjinya untuk memberi khidmat yang baik kepada negara dan semua kaum.

Namun pada masa yang sama si bibir merah yang menjadi Pengarah Jentera Kempen BN di Permatang Pauh tidak habis-habis menuduh penyokong Pakatan Rakyat ganas dan sebagainya. Si Bibir Merah dilaporkan berkata demikian di dalam TV3 Suku pagi ini.

Comments