PMTG PAUH : SPR TERUS JADI KUDA TUNGGANGAN BN ~ Ref Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak serik dengan tuduhan dan dakwaan rakyat bahawa badan tersebut tidak telus, tidak professional dan berpihak kepada BN. Badan tersebut yang sepatutnya menjadi badan yang paling telus, bersih dan adil terus dikritik hebat oleh bukan sahaja parti-parti komponen Pakatan Rakyat malah media juga merasai ada sesuatu yang tidak kena yang dilakukannya.

Mengapa badan yang sememangnya sudah tercemar dan ternoda tersebut terus merelakan dirinya ditunggangi oleh BN dan Umno.

Harapan rakyat untuk melihat SPR bertaubat dengan 'taubatan nasuha' akhirnya berkubur apabila sekali lagi SPR buat perangai pada pilihanraya kecil Permatang Pauh ini.

Sememangnya sejak dari awal lagi iaitu sebelum Wan Azizah meletakkan jawatan pemerhati merasakan Anwar akan dikhianati SPR walau di mana sahaja beliau bertanding. Hari ini kebimbangan ini menjadi kenyataan apabila didedahkan bahawa 710 pemilih yang sebelum ini nama mereka ada dalam daftar pemilih, kali ini hilang ghaib entah ke mana nama-nama mereka ini.

Malaysiakini melaporkan bahawa kemungkinan sekurang-kurangnya 710 pengundi dibimbangi tidak dapat mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh esok kerana wujud dua set senarai daftar pemilih.

Satu ialah senarai daftar pemilih yang telah diwartakan dan yang satu lagi senarai yang dikemaskini oleh Suruhanraya Pilihanraya (SPR), yang akan digunakan dalam pilihanraya kecil esok.

Dan yang menjadi masalah ialah nama mereka terdapat dalam senarai daftar yang diwartakan, tetapi didakwa tidak ada dalam senarai daftar pemilih yang dikemaskini, yang akan digunakan SPR esok.

Ekoran itu berlaku 'pertikaman lidah' antara Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor dan kumpulam wartawan ketika beiau cuba menjelaskan perkara itu sewaktu mengadakan sidang akhbars selama 90 minit di Permatang Pauh pagi tadi.

Wartawan menemui Kamaruzaman di di Institut Latihan Guru Tuanku Bainun, yang akan digunakan sebagai pusat penjumlahan undi esok.

Pada akhir sidang akhbar tersebut, beliau berkata, mereka yang tidak berpuashati dengan penjelasan mengenai keraguan itu yang dibangkitkan oleh PKR semalam, boleh membawanya ke mahkamah.

Pertikaman lidah itu bagaimanapun, tidak berakhir di situ tetapi berterusan sewaktu Kamaruzaman mengadakan pertemuan berasingan selama 40 minit dengan pemimpin PKR - R Sivarasa dan Fuziah Salleh - kemudiannya,

Nampaknya kali ini Setiausaha SPR, Kamaruzaman ini pula menjadi 'wok yek'(barua) BN setelah RaSHIT yang menjadi kepala barua BN tidak muncul kali ini.

Rakyat ingin meningatkan Kamaruzaman supaya berhati-hati memegang amanah yang besar ini. Takutlah dengan doa orang yang kena zalim. Sesungguh doa orang yang kena zalim tidak ada hijab di sisi Allah S.W.T.

Kita harap Kamaruzaman tidak meneladani sikap dan tabiat buruk RaSHIT yang jelas menyebelahi BN pada setiap kali pilihanraya.

Comments