PMTG PAUH : SEDIHNYA SAYA BILA NAMA HILANG DARI DAFTAR PEMILIH ~ Ref Malaysiakini

Sedihnya hatiku bila namaku tiada dalam daftar pemilih dan pastinya bila namaku tiada aku tidak dibenarkan mengundi.

Mengapa aku dizalimi. Siapa yang menzalimi aku, sudah pasti SPR kerana SPR sahaja yang berkuasa membuang namaku. Mengapa ini terjadi kepada ku. Aku sedih kerana aku gagal untuk bersama-sama rakyat Permatang Pauh mengajar kerajaan BN yang zalim, korup, angkuh dan jijik.

Aku memang bertekad turun dari tangga dan keluar dari rumahku untuk 'mengajar' BN yang telah menyebabkan aku dan segenap rakyat Malaysia menderita dan seribu satu macam penyiksaan yang mereka lakukan kepada rakyat.
Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan BN. Mereka pernah membunuh rakyat seperti yang dilakukan terhadap As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabat beliau; mereka pernah memenjarakan tahanan ISA tanpa dibuktikan kesalahan mereka malah sehingga kini masih ramai yang dikurung di bawah ISA; mereka menzalimi rakyat dengan kenaikan harga minyak dan barangan; mereka menyiksa anak-anakku dengan dasar mengajar subjek sains dan math dalam bahasa inggeris; mereka menyiksa anak-anak di sekolah agama dengan menarik bantuan kepada SAR; mereka menggunakan harta kerajaan dan duit rakyat untuk berkempen dan untuk kepentingan diri dan BN; mereka menjadi kaya raya dengan membahagikan harta dan projek kerajaan kepada sesama mreka dan kroni mereka; mereka memfitnah Anwar Ibrahim tak habis-bahis; tak sempat untuk saya nukilkan betapa banyaknya kejahatan dan kejijikan yang mereka lakukan.

Mungkin inilah cetusan dan luahan hati seorang pengundi Permatang Pauh bernama Ibrahim Saad, 45 yang namanya tiada dalam senarai daftar pemilih ketika hadir untuk mengundi di Peti Undi Permatang Rawa semalam. Sedangkan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu beliau mengundi di Peti Undi tersebut. Malah beliau telah mengundi beberapa kali sebelum ini dalam beberapa pilihanraya umum lalu.

Selain Ibrahim terdapat 3 orang lagi pengundi yang mengalami nasib yang sama iaitu Asa Singh Mihar Singh, 72; Chieng Ngei Hwa, 56 dan Tan Gaik Liap, 61.

Asa tidak dapat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, manakala Chieng dan Tan juga tidak dapat mengundi di tempat yang sama dengan Ibrahim Saad iaitu Sekolah Menengah Permatang Rawa dekat Bukit Mertajam.

Apakah SPR ingin menafikan lagi kelemahan dan penipuan SPR ini? Adakah ianya disengajakan atau memang ada konspirasi untuk menipu

Comments