PMTG PAUH : RAMAINYA ANWAR DI PERMATANG PAUH, ADA YANG KANAK-KANAK ADA YANG DEWASA ~ Ref Malaysiakini

Suasana kempen pilihanraya kecil terutama hari pengundian ada sedikit kelainan jika dibandingkan dengan pilihanraya sebelum ini samada pilihanraya kecil atau umum. Kelainannya ialah kreativiti jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang membuat topeng gambar calon untuk dipakai oleh perayu-perayu undi Pakatan Rakyat.

Maka 'Anwar' boleh dilihat disetiap pelusuk Permatang Pauh. Ada 'Anwar' kecil dan Anwar dewasa. Yang menariknya kanak-kanak begitu bangga memakai topeng Anwar. Rata-rata kanak-kanak yang saya jumpa tanpa segan silu menyatakan mereka menyokong Anwar, mereka kata BN teruk dan mereka tak suka BN (Bee End).

Malangnya ada juga yang dengki dan hasad dengan kreativiti Pakatan Rakyat ini. Di mana di salah satu peti undi perayu-perayu undi Pakatan Rakyat di halang dari memakai topeng tersebut ketika merayu undi. Saya kurang pasti apa alasannya. Tetapi rasanya ada pihak-pihak yang gerun kerana ramainya 'Anwar', malah di segenap pelusuk Permatang Pauh 'Anwar' ada bersama pengundi-pengundi dan tukang kempen-kempen.

Nota : Terima kasih kepada Emy sebab 'sedekah'kan gambar di atas.

Comments