PMTG PAUH : ORANG BUKIT KATIL MALUKAN KAMPUNG SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Diberitakan antara 5 buah bas (membawa pengundi hantu) yang ditahan di Permatang Pauh semalam salah satunya adalah dari Bukit Katil. Lebih menyayat hati pemandu bas yang ditahan itu (yang dikenali oleh salah seorang sahabat saya) mendakwa bahawa penumpang yang beliau bawa datang ke Permatang Pauh undi mengundi.

Saya nak tergelak juga apabila ada pemimpin Umno Melaka memberitahu saya bahawa mereka yang ditahan itu adalah penyokong Umno yang datang untuk membantu kempen BN merayu undi. Mana satu yang betul ni? Ini taktik lama dan jawapan tradisional yang diberikan oleh pemimpin Umno bila bas-bas yang mencurigakan ini ditahan. Sejak dari dahulu lagi inilah jawapannya.

Bagi saya penahanan orang Bukit Katil ini betul-betul memalukan orang Kampung lebih-lebih lagi 'Mursyidul Am' Islam Hadhari Melaka pun orang Bukit Katil juga.

Mengabih Boreh yo .........malu ese dengan perangai orang Bukit Katil ni ......kalau nak monang pun carilah cagho lain yang lobih professional ....Sobab itu pengundi Bee End (BN) dihukum dengan semalu-malunya oleh pengundi Permatang Pauh semalam.

Comments

dariana said…
hantu2 dari Bukit katil???
lebih baik mereka pegi ramai2 menggali kubur KJ di Rombau, dekat cikit...