PMTG PAUH : MUFTI PULA JADI KUDA TUNGGANGAN BN ~ Ref Malaysiakini

Dalam keadaan terdesak BN akan menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan hatta menggunakan mufti.

Semalam BN semakin tersepit dengan pengakuan Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi bahawa beliau dipaksa untuk menjadi saksi bagi upacara sumpah Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini BN terpaksa memperkudakan Mufti Wilayah untuk membalas hujah Ramlang.

Mufti Wilayah Wan Zahidi Wan Teh mendakwa bahawa ucapan Ramlang Porigi yang menyatakan sumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mengikut syariat adalah tidak berasas kerana dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana kitab.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, adalah menjadi kesalahan yang besar sekiranya seseorang memperkatakan mengenai hukum agama berlandaskan akal fikiran semata-mata.

Malang sekali Mufti ini sanggup menjadi kuda kayu BN dalam keadaan BN terdesak sekarang. Sepatutnya Mufti ini tidak bertindak memihak kepada sesiapa dalam hal ini. Lebih teruk lagi beliau sanggup menjadi kuda tunggangan BN pula.

Kenyataan mufti ini ternyata bercanggah dengan hujah ilmuan-ilmuan Islam seperti Dr Haron Din, Dato Hashim Yahya dan Dr Badrul Amin.

Comments