Malam tadi saya sempat 'meronda' di sebahagian besar Parlimen Permatang Pauh bersama sahabat lama saya yang nama jolokan beliau 'Mat Sabu'.
Bermula dengan DUN Seberang Jaya seterusnya ke Permatang Pasir dan akhir sekali di Penanti. Ceramah PKR sambung menyambung di mana antaranya berjarak tidak sampai 1 km. Antara yang berceramah ialah Cikgu Bad, YB Abdul Malik Kassim, Ustaz Azizul dan lain-lain. Namun saya gagal menemui satu pun majlis ceramah BN. Mungkin saya tidak melalui kawasan ceramah mereka atau saya tidak perasan atau mungkin juga ceramah BN tidak diadakan.
Saya yakin BN mempunyai strategi tertentu sehingga tidak berceramah. Ini kerana jentera BN tahu bahawa walaupun mereka berceramah ianya hanya menghabiskan 'bogheh yo' sebab tidak ramai yang datang mendengarnya. Lebih baik jalankan strategi lain.
Saya diberitahu bahawa jentera BN mula menaburkan wang kepada pengundi-pengundi, taktik ampuh yang mereka gunakan sejak zaman berzaman, namun mereka tidak pernah disabitkan kesalahan dalam akta pilihanraya kerana SPR bukan orang lain bagi mereka. SPR diibaratkan sebagai 'parti komponen' SPR juga sebab itu segala aduan kita dibuat endah tak endah sahaja oleh SPR.
Begitu juga di Permatang Pauh ini, 'Santa Klaus' yang begitu ramai di sini sudahpun mengagih-agih peruntukan segera bernilai puluhan juta malah mungkin sudah mencecah ratusan juta. Bukankah ini rasuah namanya.
Bersambung .....

Comments