PMTG PAUH : HANYA HANTU DAN PENIPUAN YANG MAMPU KEKANG ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada perkembangan terkini di Permatang Pauh pada 2 hari terakhir kempen Pilihanraya Permatang Pauh saya yakin Anwar mampu menang dengan majoriti yang besar kalaupun tidak sebesar majoriti yang dimenangi oleh Wan Azizah pada 8 Mac lepas.

Saya meletakkan sasaran yang lebih rendah kerana melihat kepada konspirasi yang dilakukan oleh SPR yang jelas bersekongkol untuk memberikan kelebihan kepada BN. Ini terbukti apabila SPR menggunapakai daftar pemilih yang tidak diwartakan untuk digunakan pada hari pengundian esok. Lebih menggerunkan terdapat 700 lebih nama-nama pengundi yang didakwa tiada dalam daftar pemilih tersebut sedangkan mereka telah mengundi di Permatang Pauh pada pilihanraya umum lalu.

Selain itu kempen menfitnah Anwar, taktik ugut, rasuah kepada pengundi-pengundi juga menjadi senjata BN untuk mengurangkan majoriti Anwar. Malah mengikut laporan petugas-petugas kita 'wok yek-wok yek' BN sedangkan menggantungkan banner-banner gambar Saiful di serata Permatang Pauh.

Kemungkinan besar terdapat juga sebilangan pengundi-pengundi yang termakan dengan taktik kotor BN ini.

Selain itu kita juga gusar dengan kehadiran pengundi-pengundi hantu yang sudah tentu akan berkeliaran esok.

Jentera Pakatan Rakyat mesti bersedia dengan segala kelengkapan untuk 'menjampi' pengundi hantu agar tidak berani 'menyakat' kita semua.

Comments