PMTG PAUH : HANAFI DAH BALIK KE KERAJAAN LANGIT ~ Ref Malaysiakini

Ramai rakan-rakan berseloroh menyatakan calon AKIM, Hanafi Mamat telah kembali ke kerajaan langit. Pertama kali melihat gambar beliau di hari penamaan calon ramai yang berkata rupa beliau iras-iras 'handsome' macam Ayah Pin.

Hanafi membawa hati yang luka dan melancong ke kerajaan langit. Sehingga kini tiada siapa yang tahu objektif Hanafi bertanding pada pilihanraya kecil ini. Ada pihak mendakwa Hanafi di taja oleh BN untuk 'mencuri' undi Anwar. Ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ramai penyokong-penyokong PAS akan memberikan undi protes mereka kepada Hanafi.

Namun semuanya meleset kerana hakikatnya Hanafi hanya mendapat 92 undi. Sedangkan Anwar mendapat 31,195 undi menewaskan dengan teruk calon jijik (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang hanya meraih 15,524 undi.

Sejak Ayah Pin 'balik' ke kerajaan langit tidak lama dulu tidak pernah kita mendengar berita beliau lagi. Mungkin Hanafi Mamat tahu cerita sebenar tentang Ayah Pin.

Kepada Hanafi Mamat minta maaf saya bergurau sahaja. Cuba lagi di lain-lain Pilihanraya Kecil sekurang-kurangnya dapat juga 'bersedekah' duit deposit kepada SPR untuk menolong SPR 'membantu' BN.

Comments